08 Jun 2009

Pasangan Obesiti, bangga atau malu

petang tadi (8.6.2009) masa tiba balik dari keja yang kebiasaannya aku mendengar THR.FM kerana biasanya sebelah petang DJ andy hakim cukup menambat telinga. cuma hari ini Andy Hakim cuti jadi aku dengarlah HotFM.

masa aku tengah tunggu wife aku habis keja, yang kononnya nak balik cepat tapi tetiba lambat plak. aku layan Hotfm nie.

masa itu Kieran sedang mengendalikan segmen Petang. adalah satu topik yang dipilih hasil kiriman SMS pendengar iaitu Pasangan Obesiti. erm.. terasa jugak aku dengar topik nie tapi petang tadi aku layan jer..

adalah seorang pemanggil, dia kata dia tak suka pasangan obesiti kerana dia rasa rimas.. mungkin ini bukan maksud pemanggil tersebut tapi maksud tersiratnya begitulah.. alasannya dia pun obesiti juga sebab tu dia taknak orang yang obes.. sebab dia kata nanti berlaga perut.. hehehe.. aku terbayangkan maksud dia.. cis.. hampeh betul...

kemudian ada sms diterima yang kieran baca.. pengirim tu memulakan dengan bahasa yang indah iaitu "jika dia mempunyai pasangan yang Obes ini dia akan ajak pasangannya berjoging, bersenam.. tapi di akhir smsnya dia kata "semua tu takde benda nak dibanggakan dengan Obes nie" betul jugak katanya tapi sapa yang nak sangat Obes nie.

tapi pada aku, ianya terpulang pada setiap individu tu, kalau obes tapi sihat tanpa penyakit okey apa.. lagipun orang yang badan berisi nie best per.. macam teddy bear.. sedap sikit nak peluk... hehehe..