11 Februari 2011

Perintah Khidmat Masyarakat

APA ITU PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT?


Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.

BILA DILULUSKAN?

Pada 18 Julai 2006 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274] dan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A1273] telah diluluskan di Parlimen. Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274].

APA TUJUAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT?

Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :
  • Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.
  • Pemulihan - dengan merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda
  • Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.



Tempat Pesalah Muda Boleh Menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat



Para pesalah muda yang di perintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di Institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
47 buah institusi telah dikenalpasti.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Semasa Menjalani Perintah Khidmat Masyarakat

Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.




Sistem Parol


APA ITU PAROL?


Parol bermaksud pelepasan seseorang banduan untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol. 

(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46a(d))


Perintah Parol bermaksud perintah pelepasan secara parol yang dibuat oleh suatu Lembaga Parol.

(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46a(d))



Lembaga Parol bermaksud pegawai yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong terdiri daripada;
  • Seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
  • Seorang Pegawai Kanan Penjara
  • Seorang Pegawai Kanan Polis
  • Seorang Pegawai Kanan Kebajikan
  • Tiga orang awam

(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46B(2)(a,b,c,d,e))

LATAR BELAKANG

Perbincangan mengenai program Parol telah dimulakan sejak tahun 1990an

Lawatan ke Amerika telah dibuat ke Amarika Syarikat dan Australia bagi melihat perlaksanaan program Parol

Bagi merealisasikan perlaksanaan program Parol di Malaysia satu mesyuarat diadakan di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang kini dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 6 Mei 2003.

Rang Undang-undang Akta Penjara (Pindaan) 2007 telah dibentangkan di Persidangan Parlimen  Mesyuarat Ketiga, Penggal Ke-4, Parlimen Ke-11 (2007):

 a) Dewan Rakyat
     -  Bacaan kali pertama pada 17 Disember 2007
     -  Bacaan kedua dan ketiga serta di bahaskan danĂ‚  diluluskan pada 19 Disember 2007

 b) Dewan Negara
   - Telah dibahas dan diluluskan pada 24 Disember 2007


MENGAPA DIWUJUDKAN

1.  Sistem ini membantu  Penghuni menyesuaikan diri dan masyarakat.
2.  Mengurangkan kadar residivis (Penghuni Berulangkali Masuk Penjara).
3.  Mendorong Penghuni berkelakuan baik.
4.  Memberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
5.  Mewujudkan Penglibatan yang tinggi daripada masyarakat.
6.  Mengurangkan kos operasi Penghuni dalam Penjara.
7.  Membantu mengurangkan Kesesakan dalam penjara.

KELAYAKAN PENGHUNI YANG DIPERTIMBANGKAN PELEPASAN SECARA PAROL
1.Semua banduan yang menjalani hukuman penjara satu (1) tahun ke atas dan mempunyai tarikh bebas layak memohon.
2.Banduan tersebut telah menjalani separuh dari hukuman yang dijatuhi mahkamah.
3.Kreteria tambahan :-
(a)Berkelakuan baik
(b)Banduan telah berjaya mengikuti semua program-program pemulihan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral Penjara.
(c)Banduan yang disyorkan untuk pelepasan parol oleh jawatankuasa parol Ibu Pejabat Penjara.
KRITERIA PENGHUNI YANG TIDAK LAYAK DI LEPASKAN SECARA PAROL
1.Banduan yang dijatuhkan hukuman mati.
2.Banduan yang di tahan di bawah perkenan Yang DiPertuan Agong atau Raja atau Yang DiPertuan Negeri.
3.Banduan yang dijatuhkan hukuman Seumur Hayat.

Banduan kesalahan seksual. (seperti yang termaktub di dalam Jadual Keempat)
(Subseksyen 46E(2)Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007)


KESALAHAN-KESALAHAN DALAM JADUAL KEEMPAT
  • Jadual Keempat [Subseksyen 46E(2)] :  KESALAHAN YANG TIDAK LAYAK BAGI PELEPASAN PAROL

AKTA
BAHAGIAN
SEKSYEN
Kanun KeseksaanBahagian VI dan VIA121: berperang atau cuba berperang dengan SPB Agong atau Raja atau TYT       
121B:  kesalahan kesalahan terhadap SPB Agong atau Raja atau TYT
121C: Menyubahati kesalahan di bawah 121A atau 121B       121D: Sengaja meninggalkan dari memberi maklumat mengenai maklumat mengenai kesalahan terhadap seksyen 121A, 121B atau 121C
122: Mengumpul senjata untuk berperang dengan SPB Agong, Raja atau TYT
123: Menyembunyikan dengan niat hendak menyenangkan rancangan berperang       
124: Menyerang ahli Parlimen dengan niat paksa atau halang apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang       
125A: Melindungi atau cuba melindungi orang dalam Malaysia atau luar negeri berperang atau bermusuh dengan SPB Agong
126: Penjarahan dengan negara yang berdamaian dengan SPB Agong
127: Menerima harta yang diambil melalui perang
128: Penjawat awam dengan sengaja biarkan tahanan perang lari
129: Penjawat awam dengan sengaja cuai biarkan tahanan perang lari
130: Membantu tawanan lari
194:  Keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan hukum bunuh
225: Menentang penangkapan sah       304(a): Menyebabkan kematian
364: Mencolek atau melarikan orang dengan niat membunuh
374A: Mencolek
376: Rogol
376B, 377B dan 377C: Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
377E: Merangsang kanak-kanak melakukan perbuatan lucah melampau
388: Ugut
460: Pecah rumah yang mengakibatkan kematian, cedera parah.
Akta Penculikan 19613: Menculik (hukuman mati)
Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971   3, 3A, 4, 5 dan 7: Melepaskan tembakan dan Memiliki senjatapi dan peluru hidup (3, 3A – Hukuman mati, 4, 5,7 seumur hayat)
Akta Dadah Berbahaya 1952   6 B: Menanam ganja/opium
Akta Keselamatan Dalam Negeri 196057 dan 59: Memiliki senjatapi, imunisi dan bahan letupan (hukuman mati)