28 Januari 2011

Bila menjadi Peguam kebajikan...

Assalamualaikum.. lama rasanya tak membuat catatan... hari nie barula berpeluang untuk menbuat catatan..

Dua Minggu berturut-turut, kitorang menjadi Peguam "kebajikan" membuat kerja-kerja "Percuma" untuk anakguam...

Kadang-kadang anakguam nie hanya fikirkan diri mereka sahaja, masa perlukan bantuan dan khidmat kita, berbagai janji-janji manis yang mereka taburkan. Bila kes selesai, macam "Haram" jer.. hilang macam tu jer.. jangan kata nak bayar Fee guaman, Ucapan terima kasih pun, diorang dah lupa.

Tu belum kalau kes diorang nie, "sangkut".. lagila.. bukan fee atau terima kasih tapi maki hamun, sedangkan diorang tau yang memang diorang buat kesalahan tu, kita dah bantu untuk tak kena hukuman yang tinggi, patut bersyukurla dan berterima kasih serta bayarla khidmat yang diberikan, nie tidak... maki hamun.. sumpah seranah...

bila apa-apa kes,  peguam ambil tindakan, katalah peguam zalim, tak berhati perut.. abis berhati perutla kalau tak membayar khidmat yang telah diberikan oleh peguam tersebut???