26 Oktober 2009

Al- Fatihah

berapa ramai antara kita, walaupun setiap kali solat benar-benar memahami maksud surah Al-fatihah?? janganlah tanya tentang surah-surah lain... cukup hanya surah alfatihah sahaja.

aku sendiri akui bahawa aku juga tidak benar-benar memahami maksud ayat-ayat Al-quran ini kerana sistem persekolah aku bukanlah dari sekolah agama yang begitu menekankan pembelajaran agama serta al-quran...

namun bila aku balik ke kampung beraya baru-baru ini, aku disuakan oleh bapa saudara aku sebuah buku yang aku rasa boleh membantu aku memahami isi al-quran. buku tu adalah Tafsir Qur'an per kata.

bila aku baca tafsir tersebut dari surah al-fatihah:-
  1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang
  2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam
  3. Yang Maha Pengasih, Maha penyayang
  4. Pemilik hari pembalasan
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon perlindungan
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
didalam surah ini membicarakan berkenaan:-
  1. Yaumiddin iaitu hari Pembalasan dimana manusia akan menerima pembalasan amalan mereka semasa hidup samada amal baik atau buruk
  2. jalan yang lurus iaitu jalan hidup yang benar, dimana yang dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat
  3. mereka yang dimurkai iaitu orang yang sengaja menentang ajaran islam, mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil ajaran yang selain dari ajaran islam
betapa indahnya ayat al-quran ini.. Maha Suci Allah..

Surah Al-Fatihah juga terdapat keistimewaannya yang tersendiri:-

1. Surah yang Paling Agung didalam Al-quran

Abu Said bin Mu'alla berkata:-" Pada suatu hari, aku sedang solat di masjid. selesai solat, aku telah dipanggil oleh Rasulullah. kemudian Rasulullah bersabda " aku akan mengajarkan kamu sebuah surah yang teragung di dalam al-quran sebelum engkau keluar dari masjid'. aku bertanya "surah apakah itu, ya Rasulullah?". Rasulullah bersabda " ianya adalah surah; segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. ianya adalah tujuh ayat yang diulang-ulang didalam setiap rakaat solat. dan al-quran yang agung yang diberikan kepada ku"
(hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Nasa'i)

2. Surah yang paling utama dalam Al-quran

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :- "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin adalah Umm al-Quran al-kitab, as-Sab'ul Matsani, al-Quran al-'Azhim, ash-shalat, asy-syifa' dan ar-Ruqyah."
(hadis riwayat Tirmidzi)


Bonus... Bonus.. Bonus..

Setelah Sekian lama aku tidak mengarang didalam blog nie kerana kesibukan mengendalikan urusan firma, tapi sekarang aku dapat sedikit masa untuk mengarang..

aku tertarik untuk memperkatakan tuntutan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.. adakah kita perasan atau tidak setiap kali pembentangan bajet setiap tahun, setiap tahun juga kita dengar CUEPAC akan melaungkan isu BONUS kepada kakitangan kerajaan..

aku bukanlah tidak menyokong pemberian bonus tersebut tapi pemberian bonus tersebut perlulah diteliti dengan sehabisnya.. kerana pada aku pemberian bonus hanya layak dinikmati oleh mereka yang benar-benar mencapai KPI yang terbaik.. bukannya hanya tahu mengampu, mengipas dan duduk di tempat masing-masing dan asyik dengan muka yang tidak mesra pelanggan.

sekiranya pemberian bonus ini diberikan kepada kakitangan kerajaan, kononnya bagi membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah, kita lihat pula bagaimana dengan kakitangan swasta yang juga berpendapatan rendah malah lebih rendah dari kakitangan kerajaan.

bagi kakitangan swasta terutama yang berkerja sebagai buruh binaan dan buruh am, pendapatan mereka ini lebih rendah dari pendapatan Pembantu Am Rendah sektor kerajaan, tapi apakah nasib mereka ini dibela??

kakitangan Swasta disektor buruh ini, ada dikalangan mereka tidak mempunyai KWSP dan ada juga tidak dicarum dengan SOCSO, apakah nasib mereka dihari tua nanti, berbanding dengan kakitangan kerajaan yang masih memperolehi pendapatan melalui pencen.

kakitangan Swasta juga sepatutnya menikmati faedah-faedah yang sama dinikmati oleh kakitangan kerajaan.. dimana pelbagai insentif dinikmati oleh kakitangan kerajaan, tapi apakah insentif yang dinikmati oleh kakitangan swasta??

Kenaikan Cukai.. itulah insentif yang dinikmati oleh kakitangan Swasta.. yang mana 60% berpendapatan rendah dan kadang-kala berada ditahap kemiskinan tegar..

jadi bagi kakitangan kerajaan, janganlah kerjanya hanya ingin menuntung Bonus pada tiap-tiap tahun, dalam keadaan masalah ekonomi sekarang masih juga mahu menuntut Bonus... bertimbangrasalah pada kerajaan.. kerana walaupun tiada Bonus gaji anda tetap ada tiap-tiap bulan, walaupun ada yang makan gaji buta namun tidak ramai, janganlah anda juga menuntut Bonus..