05 Jun 2009

Perpaduan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Perpaduan.. 1 Malaysia..

apa yang difahami dengan konsep 1 Malaysia nie?
sedangkan sebenar-benarnya tidak pernah akan wujud 1 Malaysia selagi wujudnya berbagai budaya dan bahasa dimalaysia ini.

apa yang dikatakan sebagai 1 Malaysia?

adakah hak samarata itu dikatakan 1 Malaysia?

atau hapuskan DEB atau Ketuanan melayu itu 1 Malaysia?

pada aku.. 1 Malaysia adalah 1 bangsa Malaysia yang bercakap hanya 1 Bahasa, yang belajar dengan 1 jenis persekolah.. itu 1 Malaysia..

bukannya bercakap 3 bahasa yang mana kalau 1 bangsa itu cukup bengang kalau bahasa ibundanya tidak dijadikan bahasa pembelajaran.. kemudian dia juga yang bising-bising untuk 1 Malaysia.

hanya 1 sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan tiada lagi sekolah Jenis kebangsaan atau sekolah persendirian.. barulah wujud 1 Malaysia.