05 Jun 2009

Perpaduan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Perpaduan.. 1 Malaysia..

apa yang difahami dengan konsep 1 Malaysia nie?
sedangkan sebenar-benarnya tidak pernah akan wujud 1 Malaysia selagi wujudnya berbagai budaya dan bahasa dimalaysia ini.

apa yang dikatakan sebagai 1 Malaysia?

adakah hak samarata itu dikatakan 1 Malaysia?

atau hapuskan DEB atau Ketuanan melayu itu 1 Malaysia?

pada aku.. 1 Malaysia adalah 1 bangsa Malaysia yang bercakap hanya 1 Bahasa, yang belajar dengan 1 jenis persekolah.. itu 1 Malaysia..

bukannya bercakap 3 bahasa yang mana kalau 1 bangsa itu cukup bengang kalau bahasa ibundanya tidak dijadikan bahasa pembelajaran.. kemudian dia juga yang bising-bising untuk 1 Malaysia.

hanya 1 sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan tiada lagi sekolah Jenis kebangsaan atau sekolah persendirian.. barulah wujud 1 Malaysia.

1 ulasan:

  1. Sampai bila2 pun xdpt, kang mula la, org ni rasa xadil, org tu rasa terpencil, tp yg penting pengadu domba tu kena kasi cantas dulu baru boleh perpaduan wujud, selagi ada pengadu domba ni, memang x kemana la...bro...welcome to the club...hehehe finally...jd blogger gak ko eh

    BalasPadam