26 Oktober 2009

Bonus... Bonus.. Bonus..

Setelah Sekian lama aku tidak mengarang didalam blog nie kerana kesibukan mengendalikan urusan firma, tapi sekarang aku dapat sedikit masa untuk mengarang..

aku tertarik untuk memperkatakan tuntutan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.. adakah kita perasan atau tidak setiap kali pembentangan bajet setiap tahun, setiap tahun juga kita dengar CUEPAC akan melaungkan isu BONUS kepada kakitangan kerajaan..

aku bukanlah tidak menyokong pemberian bonus tersebut tapi pemberian bonus tersebut perlulah diteliti dengan sehabisnya.. kerana pada aku pemberian bonus hanya layak dinikmati oleh mereka yang benar-benar mencapai KPI yang terbaik.. bukannya hanya tahu mengampu, mengipas dan duduk di tempat masing-masing dan asyik dengan muka yang tidak mesra pelanggan.

sekiranya pemberian bonus ini diberikan kepada kakitangan kerajaan, kononnya bagi membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah, kita lihat pula bagaimana dengan kakitangan swasta yang juga berpendapatan rendah malah lebih rendah dari kakitangan kerajaan.

bagi kakitangan swasta terutama yang berkerja sebagai buruh binaan dan buruh am, pendapatan mereka ini lebih rendah dari pendapatan Pembantu Am Rendah sektor kerajaan, tapi apakah nasib mereka ini dibela??

kakitangan Swasta disektor buruh ini, ada dikalangan mereka tidak mempunyai KWSP dan ada juga tidak dicarum dengan SOCSO, apakah nasib mereka dihari tua nanti, berbanding dengan kakitangan kerajaan yang masih memperolehi pendapatan melalui pencen.

kakitangan Swasta juga sepatutnya menikmati faedah-faedah yang sama dinikmati oleh kakitangan kerajaan.. dimana pelbagai insentif dinikmati oleh kakitangan kerajaan, tapi apakah insentif yang dinikmati oleh kakitangan swasta??

Kenaikan Cukai.. itulah insentif yang dinikmati oleh kakitangan Swasta.. yang mana 60% berpendapatan rendah dan kadang-kala berada ditahap kemiskinan tegar..

jadi bagi kakitangan kerajaan, janganlah kerjanya hanya ingin menuntung Bonus pada tiap-tiap tahun, dalam keadaan masalah ekonomi sekarang masih juga mahu menuntut Bonus... bertimbangrasalah pada kerajaan.. kerana walaupun tiada Bonus gaji anda tetap ada tiap-tiap bulan, walaupun ada yang makan gaji buta namun tidak ramai, janganlah anda juga menuntut Bonus..


1 ulasan:

  1. woi seman, mu ni ngutuk kakitgn gomen ye.. aku sebagai dah bekerja dlm dua2 sektor gomen n swasta nk komen...

    1. ms aku dlm swasta aku pn nyampah dgn CUEPACS sep, sbb x abis2 nk bonus yg byk2.. tp, kena tau biasa la mintak byk2 sbb nnt dpt jgk walau sikit.
    taktik la tuh.. pdhl ms swasta aku kdg2 dpt gaji n bomnus lg byk..

    2. mgkin kata hang betoi, pkerja bwhan swasta mmg bgaji sgt rendah, yg kilang rm300 pn ada lg.. tp dh gomen xmaau buat akta gaji minimum apa nk buek

    3. sbgai org gomen gred Pro&Mngmt, kalo gomen bg kita terima, x bagi pn xpa tp biar bersebab.. nk bg pada yg layak ja pn pyh sgt sbb dlm gomen, susah benor nk dpt penilaian yg adil dr org2 atsan mlainkan kaki kipas n bodek..

    wslm

    BalasPadam