11 Januari 2010

Client oh Client...

Aku baru dikunjungi oleh seorang client yang merupakan adik kepada bekas staff aku semasa di tempat lama.

sebenarnya aku keberatan untuk menerima client nie kerana ini merupakan pertuduhan kedua beliau, iaitu section 376 Kanun kesiksaan. Pertuduhan yang pertama, beliau telah dilepaskan tanpa dibebaskan (sekiranya polis dapat bukti baru akan didakwa semula) dan sepatutnya itu merupakan yang terakhir untuk client nie tapi baru-baru  ini, abang kepada client aku nie bagitau

"En. Salman, adik saya kena charge lagi" kata abang client aku...
" Charge lagi?? kesalahan sama ker?? orang yang sama?? kata aku..
"takla orang lain, tapi saya rasa dia tak buat, macam kes aritu" kata abang client, masa mula-mula jumpa aku..

petang ini (11/01/2009), abang client tu datang semula jumpa aku;

"Dia buatla encik salman...." ujar abang client tu..
"erm..... " balas aku...
"dah tu nak wat camne??" tanya abang client..
"balik bincang ngan family pompuan tu la, kalau nak kawin bolehlah kita tangok camne, kalau tak mengaku salah jer la.." balas aku..

Bila mengenangkan ini kes kedua client aku tu untuk pertuduhan yang sama, aku jadi tawar hati.. tapi mengenangkan abang client aku tu bekas staff aku kat tempat lama, aku mungkin boleh nasihatkan apa yang patut, tapi untuk membantu beliau mungkin kena fikir balik..

3 ulasan:

  1. Bro, kalau ikutkan hati memang aku pun xnak bawa, tapi bila pk2 balik, agaknya memang rezeki kita kot...ko jgn lupa, kita cari rezeki dgn cara mcm ni, bila kita dah strong n stable, boleh la kita memilih skit...

    BalasPadam
  2. Cik Demong : aku memang ada prinsip aku...kita bela org yang salah sekali je...tp dlm kes yg di atas, client tu memang xbuat...kitorg dah ready utk jalan kes, tp DPP yg minta DNAA, utk kes kedua, dia memang mengaku dia buat, so solution nya kitorg suggest kawin je, even though mcm tu, fact of the case, kejadian berlaku bulan 8 2009, tp wat report 2010...xke ada niat disebaliknya????

    BalasPadam