Entah kenapa sejak akhir-akhir nie, nasib seolah-olah mempermainkan aku..
tiap kali aku rasa macam nak "down" tiba-tiba suatu harapan tiba untuk menaikkan kembali semangat aku, tapi bila aku mengejar harapan tersebut, tiba-tiba jer berlaku sesuatu yang aku harapkan tak berlaku...
bukan sekali dua perasaan nie datang, tapi dah banyak kali perasaan ini berlaku.
sampaikan aku rasa macam nak "berhenti Berharap" tapi kalau tu berlaku, rasanya macam dah takde apa yang perlu aku lakukan...
sekarang nie, ada "harapan" telah tiba untuk aku mencapai impian aku, harap-harap nasib tidak lagi mempermainkan aku setelah aku berusaha..
18 Februari 2011
11 Februari 2011
Perintah Khidmat Masyarakat
APA ITU PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT?
Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
BILA DILULUSKAN?
Pada 18 Julai 2006 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274] dan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A1273] telah diluluskan di Parlimen. Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274].
Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :
- Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.
- Pemulihan - dengan merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda
- Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.
Tempat Pesalah Muda Boleh Menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat
Para pesalah muda yang di perintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di Institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
47 buah institusi telah dikenalpasti.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Semasa Menjalani Perintah Khidmat Masyarakat
Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.
Sistem Parol
APA ITU PAROL?
Parol bermaksud pelepasan seseorang banduan untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.
(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46a(d))
Perintah Parol bermaksud perintah pelepasan secara parol yang dibuat oleh suatu Lembaga Parol.
(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46a(d))
Lembaga Parol bermaksud pegawai yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong terdiri daripada;
- Seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
- Seorang Pegawai Kanan Penjara
- Seorang Pegawai Kanan Polis
- Seorang Pegawai Kanan Kebajikan
- Tiga orang awam
(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46B(2)(a,b,c,d,e))
LATAR BELAKANG
Perbincangan mengenai program Parol telah dimulakan sejak tahun 1990an
Lawatan ke Amerika telah dibuat ke Amarika Syarikat dan Australia bagi melihat perlaksanaan program Parol
Bagi merealisasikan perlaksanaan program Parol di Malaysia satu mesyuarat diadakan di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang kini dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 6 Mei 2003.
Rang Undang-undang Akta Penjara (Pindaan) 2007 telah dibentangkan di Persidangan Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Ke-4, Parlimen Ke-11 (2007):
a) Dewan Rakyat
- Bacaan kali pertama pada 17 Disember 2007
- Bacaan kedua dan ketiga serta di bahaskan dan diluluskan pada 19 Disember 2007
Lawatan ke Amerika telah dibuat ke Amarika Syarikat dan Australia bagi melihat perlaksanaan program Parol
Bagi merealisasikan perlaksanaan program Parol di Malaysia satu mesyuarat diadakan di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang kini dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 6 Mei 2003.
Rang Undang-undang Akta Penjara (Pindaan) 2007 telah dibentangkan di Persidangan Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Ke-4, Parlimen Ke-11 (2007):
a) Dewan Rakyat
- Bacaan kali pertama pada 17 Disember 2007
- Bacaan kedua dan ketiga serta di bahaskan dan diluluskan pada 19 Disember 2007
b) Dewan Negara
- Telah dibahas dan diluluskan pada 24 Disember 2007
MENGAPA DIWUJUDKAN
1. Sistem ini membantu Penghuni menyesuaikan diri dan masyarakat.
2. Mengurangkan kadar residivis (Penghuni Berulangkali Masuk Penjara).
3. Mendorong Penghuni berkelakuan baik.
3. Mendorong Penghuni berkelakuan baik.
4. Memberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
5. Mewujudkan Penglibatan yang tinggi daripada masyarakat.
6. Mengurangkan kos operasi Penghuni dalam Penjara.
7. Membantu mengurangkan Kesesakan dalam penjara.
KELAYAKAN PENGHUNI YANG DIPERTIMBANGKAN PELEPASAN SECARA PAROL
1. | Semua banduan yang menjalani hukuman penjara satu (1) tahun ke atas dan mempunyai tarikh bebas layak memohon. | |
2. | Banduan tersebut telah menjalani separuh dari hukuman yang dijatuhi mahkamah. | |
3. | Kreteria tambahan :- | |
(a) | Berkelakuan baik | |
(b) | Banduan telah berjaya mengikuti semua program-program pemulihan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral Penjara. | |
(c) | Banduan yang disyorkan untuk pelepasan parol oleh jawatankuasa parol Ibu Pejabat Penjara. |
KRITERIA PENGHUNI YANG TIDAK LAYAK DI LEPASKAN SECARA PAROL
1. | Banduan yang dijatuhkan hukuman mati. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Banduan yang di tahan di bawah perkenan Yang DiPertuan Agong atau Raja atau Yang DiPertuan Negeri. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Banduan yang dijatuhkan hukuman Seumur Hayat. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Banduan kesalahan seksual. (seperti yang termaktub di dalam Jadual Keempat) (Subseksyen 46E(2)Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) KESALAHAN-KESALAHAN DALAM JADUAL KEEMPAT
|
Langgan:
Catatan (Atom)