APA ITU PAROL?
Parol bermaksud pelepasan seseorang banduan untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.
(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46a(d))
Perintah Parol bermaksud perintah pelepasan secara parol yang dibuat oleh suatu Lembaga Parol.
(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46a(d))
Lembaga Parol bermaksud pegawai yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong terdiri daripada;
- Seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
- Seorang Pegawai Kanan Penjara
- Seorang Pegawai Kanan Polis
- Seorang Pegawai Kanan Kebajikan
- Tiga orang awam
(Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) Bahagian IVA seksyen 46B(2)(a,b,c,d,e))
LATAR BELAKANG
Perbincangan mengenai program Parol telah dimulakan sejak tahun 1990an
Lawatan ke Amerika telah dibuat ke Amarika Syarikat dan Australia bagi melihat perlaksanaan program Parol
Bagi merealisasikan perlaksanaan program Parol di Malaysia satu mesyuarat diadakan di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang kini dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 6 Mei 2003.
Rang Undang-undang Akta Penjara (Pindaan) 2007 telah dibentangkan di Persidangan Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Ke-4, Parlimen Ke-11 (2007):
a) Dewan Rakyat
- Bacaan kali pertama pada 17 Disember 2007
- Bacaan kedua dan ketiga serta di bahaskan dan diluluskan pada 19 Disember 2007

b) Dewan Negara
- Telah dibahas dan diluluskan pada 24 Disember 2007
MENGAPA DIWUJUDKAN
1. Sistem ini membantu Penghuni menyesuaikan diri dan masyarakat.
2. Mengurangkan kadar residivis (Penghuni Berulangkali Masuk Penjara).
3. Mendorong Penghuni berkelakuan baik.
3. Mendorong Penghuni berkelakuan baik.
4. Memberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
5. Mewujudkan Penglibatan yang tinggi daripada masyarakat.
6. Mengurangkan kos operasi Penghuni dalam Penjara.
7. Membantu mengurangkan Kesesakan dalam penjara.
KELAYAKAN PENGHUNI YANG DIPERTIMBANGKAN PELEPASAN SECARA PAROL
1. | Semua banduan yang menjalani hukuman penjara satu (1) tahun ke atas dan mempunyai tarikh bebas layak memohon. | |
2. | Banduan tersebut telah menjalani separuh dari hukuman yang dijatuhi mahkamah. | |
3. | Kreteria tambahan :- | |
(a) | Berkelakuan baik | |
(b) | Banduan telah berjaya mengikuti semua program-program pemulihan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral Penjara. | |
(c) | Banduan yang disyorkan untuk pelepasan parol oleh jawatankuasa parol Ibu Pejabat Penjara. |
KRITERIA PENGHUNI YANG TIDAK LAYAK DI LEPASKAN SECARA PAROL
1. | Banduan yang dijatuhkan hukuman mati. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Banduan yang di tahan di bawah perkenan Yang DiPertuan Agong atau Raja atau Yang DiPertuan Negeri. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Banduan yang dijatuhkan hukuman Seumur Hayat. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Banduan kesalahan seksual. (seperti yang termaktub di dalam Jadual Keempat) (Subseksyen 46E(2)Akta Penjara 1995 (Pindaan 2007) KESALAHAN-KESALAHAN DALAM JADUAL KEEMPAT
|
kesian la kat si azuan tu (bukan nama sebenar)
BalasPadam