05 April 2012

Carca Marba

Alhamdulillah... Sekian lama saya tidak dapat mengupdate serta membuka blog ini... Sesungguhnya blog saya ini bukanlah untuk tujuan politik atau sejarah tapi ianya lebih kepada cetusan rasa aku yang lihat pada MATA yang tersentuh pada HATI dan tertanam di MINDA.. Dalam tempoh dua bulan ini, saya lihat senario politik Malaysia yang sungguh caca marba, kedua-dua pihak yang saling tuduh menuduh...isu-isu yang sangat menarik perhatian aku adalah seperti :-


1. Tuduhan Raja Petra bahawa Kerajaan Selangor hanya memberikan Projek-projek kepada Penyokong Pakatan Pembangkang termasuk kerja-kerja berkaitan Undang-undang.. 

Bila isu ini ditimbulkan oleh Raja Petra, maka kesemua pihak yang bertentangan berkokok serta melatah mengutuk dan mengata serta bermacam kata-kata dilemparkan, namun tidakkah mereka sedar bahawa mereka juga melakukan perkara yang sama.

Cuba kita lihat projek-projek yang dijalankan, latar belakang syarikat tu sendiri, pasti akan dijumpai kaitan dengan parti yang memerintah. Jadi kenapa isu ini dibesar-besarkan sedangkan perkara yang sama dilakukan.sebagai contoh, kerja-kerja pembinaan jalanraya yang dijalankan oleh sebuah syarikat besar, adakah syarikat tu benar-benar layak atas merit atau pun sebenarnya juga disokong dengan menjadi ahli kepada parti????

Raja Petra juga mempersoalkan bahawa kerja-kerja berkaitan undang-undang juga diberikan kepada penyokong atau mereka yang memberikan simpati kepada Pakatan Pembangkan, adakah perkara yang sama tidak berlaku dimana-mana negeri yang ditadbir oleh Parti yang menguasai Kerajaan Persekutuan

Sebagai contoh kerja-kerja berkaitan sebuah Agensi kerajaan negeri di Pantai Timur, banyak juga diberikan kepada sebuah firma Guaman yang mempunyai kaitan dengan Orang dalam.. yang juga merupakan penyokong Parti pemerintah. Namun isu ini tidak pernah dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana ianya bukan diperintah oleh Parti Pakatan Rakyat.

2. Pengeluaran Surat Sokongan oleh bekas MB Perak


Isu ini yang paling hangat ketika ini, adakah perkara yang sama tidak dilakukan oleh mana-mana MB negeri-negeri yang diperintah Parti Yang menguasai Kerajaan Persekutuan??

Sebenarnya pada saya isu ini bukanlah suatu isu yang besar kerana mana-mana MB juga pernah mengeluarkan surat yang sama dan Bekas MB Perak bukanlah yang pertama mengeluarkannya.

Adakah Kerajaan yang memerintah tidak pernah lakukan perkara yang sama?? Sebagai Contoh MB disebuah negeri pantai timur juga sentiasa membuat perkara yang sama.. namun bukanlah dalam bentuk surat seperti yang dikeluarkan oleh Bekas MB Perak, namun masih ada dalam maksud yang sama.

3. Aktivist Pelajar ditumbuk


Isu nie adakah paling lawak saya rasakan kerana Budak tersebut pada saya hanya pandai mengambil kesempatan dan mencari peluang-peluang untuk mencari populariti semata-mata, mungkin mencari-cari peluang untuk menempatkan diri untuk menjadi calon untuk pilihan raya akan datang.

Pada saya, budak tersebut sengaja menempah sendiri kecederaan tersebut kerana beliau bukanlah penduduk di Kerinchi, dan bukanlah pihak yang terlibat dengan perundingan tersebut tetapi hanyalah penyibuk yang mencari pasal disana.

Pada saya, habuan yang diperolehi oleh beliau sangatlah bertepatan, kerana mungkin ada tingkahlaku beliau yang sangat menjengkelkan mana-mana pihak kerana sudah pasti kalau bukan kerana perkara diatas, Mana-mana pihak tidak akan bertindak menumbuk beliau.

Pada saya ketiga-tiga isu yang diatas sangat-sangat menarik perhatian saya kerana sangat lucu, kelakar dan mengelikan hati...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan