09 Jun 2009

Ambalat, untuk mereka yang tidak tahu..

juga apa yang saya perolehi dari wikipedia..
AMBALAT..
Ambalat ialah sebuah blok lautan di Laut Sulawesi.Luasnya kira-kira 15,235 kilometer persegi. Blok laut ini kaya dengan minyak mentah dan gas asli. Bahagian Laut Sulawesi yang dipertikaikan adalah hanya blok 6 dan 7. Perairan Ambalat Selatan, kawasan Indonesia, tidak dipertikaikan
Pertikaian hakmilik

Permilikan Ambalat ini menjadi pertikaian antara Malaysia dan Indonesia. Pertikaian ini timbul kerana perselisihan peta/map yang digunakan. Pihak Indonesia menggunakan memakai peta ZEE, meskipun telah keluar Dekrit 2002 (tentang Sipadan-Ligitan) dengan berdasarkan konvensi antarabangsa, yang menggunakan batas 12 batu laut yaitu united nation convention law of sea atau UNCLOS yang diakui PBB. sedangkan Malaysia menggunakan peta rasmi terbaru 1979 yang dikeluarkan oleh Malaysia. [1] Perlu diketahui, peta Malaysia itu tidak disetujui negara-negara tetangga kerana dituduh bertindih banyak wilayah. Negara yang tak setuju seperti Singapura, Inggeris yang mewakili Brunei Darussalam, Filipina, Thailand, dan Vietnam.

Pertikaian 2005

Sebelumnya, Malaysia dan Indonesia mempertikai hakmilik pulau Sipadan dan Ligitan. Perkara itu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan kedua pihak mengemukakan bukti-bukti yang ada pada mereka bersama. Berdasarkab bukti yang dikemukakan, pada tahun 2002, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawa kawasan-kawasan tersebut milik Malaysia, bagaimanapun, tanpa mengenal pasti sempadan lautan antara Malaysia dan Indonesia di Lautan Sulawesi.[2]

Pertikaian antara 2 negara Asia Tenggara menimbulkan beberapa perselisihan kecil antara dua tentera laut. Pada bulan Mac 2005, Indonesia mendakwa kapal perang Malaysian, KD Renchong, melanggar kapal tentera Indonesia, KRI Tedung Naga. Kejadian ini mengakibatkan sedikit kerosakan kepada kedua-dua kapal.[2] Beberapa hari selepas kejadian tersebut, Menteri Pertahanan Indonesia, Juwono Sudarsono mengatakan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta maaf tentang kejadian itu.[3] Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bagaimanapun menafikan dakwaan memohon maaf.[4][5] Kompas mengakui laporan itu tidak tepat dan memohon agar tidak diambil tindakan oleh Malaysia. [6]

Tentera Laut Malaysia telah menguatkuasakan pengawalan sempadan dan menghalang nelayan Indonesia dari belayar ke kawasan Malaysia yang dipertikaikan. Indonesia seterusnya menuduh Malaysia ke atas 35 kesalahan di wilayah Indonesia yang dipertikaikan.[7]

Pertikaian 2008

Pada 22 Oktober 2008, Pengerusi DPR Agung Laksono mewakili Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) membantah tindakan Angkatan Tentera Malaysia berada di perairan Ambalat (Blok ND6 dan Blok ND7) , di perairan Kalimantan Timur. Komander Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jen Djoko Santoso melihat beberapa elemen ketenteraan Malaysia di Ambalat.

Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan kepada Zaitem, sebuah anak syarikat ENI SpA dari Itali, mengenai hak mencari gali di Ambalat.Perairan seluas 15,235 km persegi itu kaya dengan minyak dan gas, dikatakan boleh diterokai untuk 30 tahun.[8]

Isu ini turut dibangkitkan oleh perusuh Indonesia yang turut membakar Jalur Gemilang di Makassar, Jakarta, dan Surabaya oleh mahasiswa Front Aksi Mahasiswa Surabaya.[9]
Pada masa kini kedua negara sedang melangsungkan perbincangan peringkat tertinggi bagi menyelesaikan pertikaian ini.

Pertikaian 2009

Pada 17 Mei 2009, Masalah tuntutan bertindih ke atas Ambalat di antara Malaysia dan Indonesia tidak akan dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim telah berunding dengan Menteri Luar Indonesia Dr. N. Hassan Wirajuda. Indonesia enggan membawa kes itu kepada ICJ kalah dalam perbicaraan kes Ligidan dan Sipadan.Malaysia terpaksa beralah kepada Singapura berhubung tuntutan Pulau Batu Putih. Pembangkang di Malaysia menyalahkan Menteri Luar Malaysia ketika itu Datuk Sri Syed Hamid Albar. Alternatif yang ada ialah melantik pakar teknikal dan juga satu kumpulan yang terdiri dari penasihat berkecuali.[10]

Isu ceroboh Amblat


Pada __ media Indonesia melaporkan kapal tentera laut Indonesia yang sedang meronda di perairan bertindih itu hujung Mei 2009 hampir melepaskan tembakan terhadap sebuah kapal peronda TLDM kerana tidak mengendahkan arahan supaya beredar dari perairan terbabit.
Pada 4 Jun 2009, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal menafikan dakwaan laporan media Indonesia yang mendakwa kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menceroboh kawasan perairan bertindih Ambalat di Laut Sulawesi.Sebarang isu hendaklah diselesaikan melalui Jawatankuasa Teknikal yang telah ditubuhkan oleh kedua-dua negara. Bukan melalui media massa.[11]

Rujukan
Wilayah Maritim Tidak Ditentukan oleh Lobi Perusahaan Minyak
2.0 2.1 Energy Security and Southeast Asia: The Impact on Maritime Boundary and Territorial Disputes. Harvard Asia Quarterly. Fall 2005.
Malaysia admits mistakes by offering apology over Ambalat Antara. March 29 2005
Najib: No apology made over alleged border violations. New Straits Times. March 30 2005
Najib Denies Malaysia Has Apologised Over Alleged Ambalat Intrusion. Bernama March 29 2007.
Rabu, 04 Mei 2005 "Kompas" dan Deputi Perdana Menteri Malaysia Sepakat Berdamai
Malaysian warships chase away Indonesian fishermen from Ambalat
Indonesia Bantah Dakwaan Pencerobohan M'sia
Kostrad Bersiap ke Ambalat
Ambalat Tetap Tidak Dibawa Ke ICJ
Panglima Angkatan Tentera Nafi Kapal Perang Malaysia Ceroboh Perairan Ambalat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan