09 Jun 2009

Wajibkan Lulus Bahasa Inggeris untuk SPM

salam..

aku terpanggil untuk bercerita tentang topik ini.. aku bukanlah seorang yang menentang penggunaan bahasa inggeris (B.I) nie.. tapi cadangan ini memang perlukan kajian yang sangat- sangat mendalam.

entahlah apa dah jadi dengan pemimpin-pemimpin kita ini.. buat cadangan tanpa kajian yang menyeluruh.. janganlah dengar hanya pada para-para pengampu atau pencadang-pencangan yang tak pernah turun ke akar umbi.

cuba buat kajian untuk sekolah-sekolah yang diluar bandar.. sekolah-sekolah kampung.. tengok berapa ramai yang lulus dalam subjek B.I nie. kalau tengok pada sekolah-sekolah top memanglah okey..

buat kajian kat MRSM, MCKK, SBP, memanglah pencapaiannya sangat bagus.. tapi buat kajian di sekolah kampung.. tengok macam mana pencapaian diorang..

sedangkan B.M pun ramai yang kandas SPM, kalau wajibkan B.I entahlah berapa ramai plak yang kandas.. dan sudah tentulah yang ramai kandas tu ramai anak melayu..

aku bukanlah merendahkan anak melayu tapi berdasarkan pengalaman aku sendiri, ader member-member yang masuk Universiti pun masih lemah B.I... bayangkan.. apa akan terjadi??

bial dah ramai yang kandas SPM, maknanya makin banyaklah pengangguran.. makin banyak pengganguran banyaklah jenayah..

marilah kita fikirkan bersama, jangna sebab kita ingin puaskan hati sesuatu pihak kita perjudikan masa depan anak bangsa kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan