jika bermiant nak tahu, tinggalkan email dan saya akan hubungi anda..
18 November 2009
GPS.. Berminat??
jika bermiant nak tahu, tinggalkan email dan saya akan hubungi anda..
26 Oktober 2009
Al- Fatihah
namun bila aku balik ke kampung beraya baru-baru ini, aku disuakan oleh bapa saudara aku sebuah buku yang aku rasa boleh membantu aku memahami isi al-quran. buku tu adalah Tafsir Qur'an per kata.
bila aku baca tafsir tersebut dari surah al-fatihah:-
- Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang
- Segala Puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam
- Yang Maha Pengasih, Maha penyayang
- Pemilik hari pembalasan
- Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon perlindungan
- Tunjukilah kami jalan yang lurus
- (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
- Yaumiddin iaitu hari Pembalasan dimana manusia akan menerima pembalasan amalan mereka semasa hidup samada amal baik atau buruk
- jalan yang lurus iaitu jalan hidup yang benar, dimana yang dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat
- mereka yang dimurkai iaitu orang yang sengaja menentang ajaran islam, mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil ajaran yang selain dari ajaran islam
Surah Al-Fatihah juga terdapat keistimewaannya yang tersendiri:-
1. Surah yang Paling Agung didalam Al-quran
(hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Nasa'i)
2. Surah yang paling utama dalam Al-quran
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :- "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin adalah Umm al-Quran al-kitab, as-Sab'ul Matsani, al-Quran al-'Azhim, ash-shalat, asy-syifa' dan ar-Ruqyah."
(hadis riwayat Tirmidzi)
Bonus... Bonus.. Bonus..
sekiranya pemberian bonus ini diberikan kepada kakitangan kerajaan, kononnya bagi membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah, kita lihat pula bagaimana dengan kakitangan swasta yang juga berpendapatan rendah malah lebih rendah dari kakitangan kerajaan.
bagi kakitangan swasta terutama yang berkerja sebagai buruh binaan dan buruh am, pendapatan mereka ini lebih rendah dari pendapatan Pembantu Am Rendah sektor kerajaan, tapi apakah nasib mereka ini dibela??
kakitangan Swasta disektor buruh ini, ada dikalangan mereka tidak mempunyai KWSP dan ada juga tidak dicarum dengan SOCSO, apakah nasib mereka dihari tua nanti, berbanding dengan kakitangan kerajaan yang masih memperolehi pendapatan melalui pencen.
kakitangan Swasta juga sepatutnya menikmati faedah-faedah yang sama dinikmati oleh kakitangan kerajaan.. dimana pelbagai insentif dinikmati oleh kakitangan kerajaan, tapi apakah insentif yang dinikmati oleh kakitangan swasta??
Kenaikan Cukai.. itulah insentif yang dinikmati oleh kakitangan Swasta.. yang mana 60% berpendapatan rendah dan kadang-kala berada ditahap kemiskinan tegar..
jadi bagi kakitangan kerajaan, janganlah kerjanya hanya ingin menuntung Bonus pada tiap-tiap tahun, dalam keadaan masalah ekonomi sekarang masih juga mahu menuntut Bonus... bertimbangrasalah pada kerajaan.. kerana walaupun tiada Bonus gaji anda tetap ada tiap-tiap bulan, walaupun ada yang makan gaji buta namun tidak ramai, janganlah anda juga menuntut Bonus..
13 September 2009
Satu Garisan...
kemungkinan ustaz tersebut berasakan sudah cukup bagus dan banyak ilmu ehinggakan merasakan bahawa beliau merupakan orang yang istimewa yang diutuskan oleh Allah, namun akhirnya tewas kepada bisikan Syaitan dimana akhirnya ustaz tersebut dicekup sedang berzina dengan wanita (lakonan Syarifah Amani) yang kononnya telah sedar tentang halal haram. dia yang ditanggung oleh Ayu (Lakonan Noor Khiriah) yang bekerja sebagai GRO.
mesej yang cuba disampaikan pada aku sangat tepat bahawa janganlah kita cepat menghukum orang lain yang tidak bersama-sama kita dan juga setiap orang ada alasan masing-masing bila berbuat sesuatu.
kita janganlah cepat menjatuhkan hukuman seseorang tu salah sedangkan kita tidak cuba membantu mereka untuk keluar dari kesalahan mereka itu.
kita juga jangan cepat merasakan bahawa kita lebih pandai dari orang lain sehingga memanfan rendah pada orang lain yang mungkin kurang ilmunya dari kita..
12 September 2009
Dasar Tak Tahu dek Untung..
kalau tak silap aku dah lebih dari 5 kali, Rakyat Indonesia ini membakar Jalur Gemilang, namun seperti biasa kita sebagai rakyat Malaysia hanya bersabar.. kita bukanlah bangsa yang sukakan atau tergugat dengan Provokasi Rakyat Indonesia tersebut.. tapi sampai bila???
baru-baru ini ada tindakan oleh segelintir rakyat Indonesia yang mengelarkan diri sebagai BENDERA telah menjalankan proses "Sweeping Malaysia" yang jelas telah benar-benar kurang ajar sedangkan punyalah ramai rakyat Indonesi yang bekerja atau merempat di bumi Malaysia ini untuk mendapat sesuap nasi yang ada juga melakukan jenayah.
Rogol, Rompak, Curi dan banyak lagi jenayah yang mereka lakukan di bumi yang mereka merempat ini tapi kita selaku rakyat malaysia tak pernah nak lakukan Proses "Sweeping Indonesia".
ada lebih 1 Juta Rakyat Indonesia berada di Malaysia samada secara Halal atau Secara Haram atau Pendatang Tanpa Izin namun tidak pernah sama sekali kita selaku rakyat malaysia nak menghalau mereka, malah kita menyediakan pekerjaan untuk mereka yang mana kalau mereka ini tinggal di Indonesia sudah tentu merempat..
apakah BENDERA tidak pernah berfikir atau menggunakan Otak mereka sebelum membuat onar tersebut?? setiap kali negara Indonesia mengalami Bencana, negara yang pertama menghulurkan bantuan adalah MALAYSIA??
apakah Kepimpinan BENDERA ini merupaka golongan yang sempit akal, Dungu, Bodoh atau Banggang atau terlalu Bangsat untuk memikirkan bahawa betapa Besarnya sumbangan rakyat malaysia yang mereka ingin Ganyang, Sweeping ini terlalu besar jasanya kepada mereka..
setiap bencana di Indonesia, sebut sahaja.. Tsunami di Acheh, lebih dari RM 1 Juta subangan rakyat malaysia untuk membantu mereka malah kita bina pula rumah untuk mereka.. beri mereka bekerja di Malaysia.
bencana gempa bumi di Jogjakarta, lebih RM 2 Juta duit Rakyat Malaysia diberikan kepada mereka untuk membantu mereka.
kalaulah kesemua duit ini kita gunakan untuk membantu Rakyat Miskin di Malaysia adalah lebih baik dari diberikan kepada Bangsa yang tak mengenang budi ini.
BENDERA ini juga telah cuba untuk menghantar lebih 1500 sukarelawan ke Negara Kita untuk meneruskan Provokasi.. dikatakan telah disekat oleh Polis Indonesia.. itu angka yang mungkin masuk secara sah.. tapi aku rasa lebih dari pada itu telah masuk ke Malaysia secara Haram... dan sedang menunggun masa untuk meneruskan tindakan Sweeping Malaysia mereka itu..
tapi kita hanya bersabar.. kita hanya berdiam diri walaupun Maruah kita telah diganyang..
dan apabila kita sedar semuanya telah terlambat..
Sedarlah Rakyat Indonesia yang tidak mengenang budi.. yang tak tahu dek untung.. kami Rakyat Malaysia telah banyak membantu anda.. wang kami telah banyak diberikan kepada anda, janganlah bertindak bodoh seperti yang biasa anda lakukan.. jangan sampai kami Rakyat Malaysia yang banyak bersabar dan bertenang ini pula mengambil tindakan yang sama..
18 Ogos 2009
Setahun Selepas 15.8.2008
aku rasa sangat bersyukur kerana Marziana sudi menerima aku sebagai suaminya yang sah..
setahun yang berlalu ini walaupun belum cukup untuk menguji kekuatan namun aku sangat bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang sangat memahami aku.. yang menerima aku seadanya..
terima kasih sayang..
Terharu..
aku rasa kagum melihat dokumentari tersebut kerana selalu aku cuma dapat baca dari buku-buku sejarah..
kekaguman dan terharu aku melihat pengorbanan rakyat dan pemimpin masa lalu untuk mencapai kemerdekaan yang mana sangat jelas telah wujudnya gagasan 1Malaysia terlebih dahulu sebelum ianya kembali dilaungkan oleh Y.A.B Perdana Menteri kita.
jika dahulu dapat dilihat bagaimana Orang Melayu, Cina, India dan Lain-lain kaum bersatu padu untuk mencapai kemerdekaan walaupun ianya digerakkan oleh UMNO namun kesepaduan itu wujud hingga menyebabkan Inggeris memberikan kemerdekaan kepada TANAH MELAYU.
cuma sekarang aku tak paham kenapa perpecahan nampak semakin jelas antara semua kaum.. tapi yang aku pasti perpecahan ini adalah dorongan anasir luar dan ankara Parti-parti politik..
bukanlah aku seorang yang anti partisan namun aku lihat parti-parti politik ini memainkan peranan yang sangat besar dalam perkara ini. kadang-kadang isunya kecil tapi dibesarkan oleh Parti Politik...
29 Jun 2009
Mengandung bukan alasan nak minta MC!!
kemudian aku balik ke rumah.. tapi demam wife aku masih tak kebah.. riso plak aku..
masa pendaftaran, "cik terus ke kanan belakang yer.. bilik no. 3" terus aku dan wife ke sana..
kat situ.. kami tunggu dalam 5 minit, no giliran wife aku naik..
sampai kat dalam.. seorang Doktor berbangsa cina merawat wife aku..
wife aku pn bagitau yang dia demam dan tak sihat.. so nak minta MC, terus doktor tu kata tak boleh.. dan mengandung bukan alasan untuk dapatkan MC..
memangla, bukan sebab mengandung wife aku nak MC tapi sebab dia demam, pastu nurse kat situ pun menambah juga.. "tula budak-budak sekarang, sikit-sikit demam, tak tahan tak macam kami dulu"...
nurse nie pun satu dol.. nasib baik aku kat luar bukan kat dalam bilik rawatan No. 3 tu.. kalau tak dengan Doktor, dgn Nurse tu aku bagi..
kalau tak sakit, memang aku tak bawak jumpa diorang...
nasib baik.. kalau tak memang doktor tu yang kena cari doktor lain plak.. sebab aku plak bagi doktor tu sakit..
28 Jun 2009
Percutian di Kuching, Sarawak..
kami membahagikan tugas iaitu aku menguruskan tiket kapal terbang manakala wak menguruskan penginapan. tentang pengangkutan kami mengambil keputusan gamble iaitu di sana baru nak cari.
aku telah membuat penempahan tiket kapal terbang menggunakan MAS secara online dan terjadi suatu perkara yang aku rasa macam nak gila iaitu bila aku dah print tiket online baru aku perasan bahawa percutian tersebut akan menjadi percutian yang crazy (ikut kata ali la..) mana tak crazy dari KLIA ke Kuching pada 26.04.2009 flight pukul 10. 25 malam dan tiba di kuching pukul 11.59 malam, dan tiket balik pula adalah pada 27.04.2009 pukul 8.25 pagi...??? maknanya kami ada lebih kurang 1 hari suntuk untuk mengelilingi bandaraya kuching.
erm.. tiket kapal terbang masa aku beli tu berharga RM 185.00 setiap orang untuk pergi dan balik. cukup murah..
Ali sekali lagi menyatakan " man, ni percutian Crazy man.. sempat ke kita nak pusing bandar kuching?"
aku balas " rilex, kita jalan dari pagi sampai malam"
dan seperti dirancang, kami bertolak dari kuantan menaiki kereta pukul 3 petang pada 26.4.2009 (dan akhirnya aku baru tahu kereta aku kena saman speeding kat bentong, 15 KMJ lebih dari had limit, limit 90 KMJ)
kami tiba di KLIA lebih kurang pukul 7 malam, dan mencari tempat parking, mula-mula wak mencadangkan parking kat Depot Imigresen (mentangla dia keje kat Imigresen), tapi sebab Depot tu jauh gila nak berjalan kaki, kami mengambil keputusan parking dekat parking yang disediakan. MAHAL gila parking nie.. sebab untuk parking lebih kurang 2 hari lebih ianya berharga RM 129.00.
bila dah sampai dan dah check in apa semua, tepat pukul 9.45 kami terus masuk ke boarding untuk menaiki kapal terbang. dalam kapal terbang, seperti biasa Ali akan menjadi pemeriah majlis. hehehe..
dalam kapal terbang, aku memilih untuk makan nasi lemak chicken rendang, begitu juga isteri aku, wak dan ali.
keesokan hari, sesudah solat subuh, subuh disana pukul 4 lebih, Ali dah bising "man.. Lapar.. Lapar.." aku geram gila pukul 5 pagi dah bising nak sarapan pagi.. aku cakap tido dulu pukul 6.30 baru gerak cari sarapan.
pukul 6.30.. telefon aku berbunyi.. "Man, dah 6.15... Lapar... lapar.. lapar..." ali call aku..
buat kali pertama setelah mempunyai kenderaan sendiri ini aku berjalan kaki mengelilingi bandar kuching untuk mencari sarapan. memang susah gila nak cari sarapan kat sini.. lupa plak nak cakap bandaraya kuching nie terbahagi kepada Dua.. iaitu Bandaraya Kuching Utara dimana majoritinya orang cina dan Badaraya kuching selatan majoriti orang bumiputra. dan.. hotel2 dah tentu banyak kat Kuching utara.. dan memang susah gila nak cari sarapan. di kuching nie aku boleh lihat perbezaan yang amat ketara antara dua bangsa malaysia ini.
setelah berjalan dekat 2 KM, barula jumpa kedai makan, tapi jangan harapla nak jumpa Roti Canai, Nasi Lemak kat sini. yang ada MEE KOLOK, dan nasi goreng... pagi-pagi makan nasi goreng panas... dan harganya jangan tak percaya.. RM 22.50 untuk 4 orang.
so lepas makan kami menuju ke Muzium Kuching.. tempatnya dekat dengan Merdeka Palace..
tapi waktu tu pukul 8.30 muzium belum buka jadi kami ke Muzium kesenian yang terletak berdekatan dengan muzium kuching juga.
bangunan dibelakang isteri aku niela, Muzium kuching.
dalam Muzium utama nie, banyak koleksi-koleksi sejarah serta ada juga haiwan-haiwan yang diawet. terdapat juga rangka buaya..
kemudian banyak lagi tempat-tempat menarik di Kuching nie..
aku dan isteri bergambar dekat ngan kuching waterfront.
belakang kami tu adalah bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak
masih di waterfront.
ali dan wak berlatarbelakangkan Tokong Tua @ Pua (kalau tak silap aku)
antara tourist spot.
dibelakang kami ini adalah arca burung tapi dulu masa ada air pancut kat sini sekarang dah takde.
dan setelah sehari suntuk berjalan di bandar Kuching, kitorang berkemas nak balik ke semenanjung. dan dalam pukul 6.30 kitorang dah check out dari hotel.
isteri aku turut bergambar untuk membuktikan pernah sampai ke Kuching
gambar ini adalah bukti bahawa kami telah meninggalkan kepulauan Borneo.
indah sungguh ciptaan tuhan.
13 Jun 2009
Kenduri Kahwin
12 Jun 2009
Lagi berkenaan Sejarah..
Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.
Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.
Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam sebuah memorandum yang diorganisasikan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap kerajaan Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.
Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.
Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.
Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.
Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.
Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.
Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.
Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan dari Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat lakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966.
Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.
Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.
11 Jun 2009
Jangan Pertikai kepentingan orang melayu
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957. Pada 1963, Persekutuan tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) membentuk sebuah persekutuan baru bernama Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.
Syarat kerakyatan
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara;
- Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
- Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-mencrus.
- Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
- Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
- Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.
Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya;
- dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan
- Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.
Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik.
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing
NAH! Jelas bukan apa yang perlu dikorbankan untuk emndapatkan suatu kemerdekaan?
jika kita teliti syarat kerakyatan melalui naturalisasi yang mana kebanyakan rakyat bukan Melayu dan Bukan Bumiputra memperolehi kerakyatan iaitu:-
pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik.
nampaknya ramai yang tak paham dan seterusnya telah melanggar Syarat kerakyatan ini. sudahlah tidak berkelakuan baik malah Khianat dan menderhaka kepada Sultan.
kepada mereka-mereka yang asyik mempertikaikan Hak orang melayu.. silalah fikirkan kembali apa yang telah orang melayu korbankan untuk membolehkan anda memperolehi Kerakyatan anda. anda sepatutnya malu dengan tindakan anda.
tindakan anda ini boleh diibaratkan seperti "Melepaskan anjing tersepit, anjing terlepas tangan digigit."
janganlah menjadi seperti anjing ini. tolonglah.. jangan kerana kepentingan peribadi dan politik semua ini dikorbankan.
akhir kata.. DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
10 Jun 2009
Suara Generasi..
I.S.A (Akta Keselamatan Dalam Negeri)- Apa itu?
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [perlu petikan]
ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. [perlu petikan]
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[1] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.[2]
[sunting] Perundangan
Relevant sections of the legislation are as follows:
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."
Penahanan
Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.
Penyeksaan
Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka. [perlu petikan]
Pembebasan
Kendatipun kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan" umum di televisyen dan radio.[3]
Kritikan
Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.
Dalam negara
Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.
Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."
Luar negara
Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.
Tahanan ISA
Pada 17 November 2007, seramai 74 orang masih dithan di Kem Kamunting, Taiping, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Antara kesalahan yang mereka terlibat dalam ialah:
- Pemalsuan wang syiling RM1
- Pemalsuan dokumen pengenalan
- Gerakan Militan Selatan Thailand, Pejuang Pemisah Empat Wilayah dan Pemisah Selatan Thailand
Jika tahanan merayu dan memenuhi syarat, Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memberi bantuan RM200.00 setiap bulan kepada keluarga tahanan
ini adalah sebahagian maklumat yang saya perolehi dari Wikipedia, ianya diterbitkan didalam blog ini semata-mata untuk tujuan Perkongsian Pengetahuan.
Bahasa Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. [2] Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.
Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah
Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunnan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. [2] Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro. [2]
Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu:
- bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. [2]
Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
- Golongan Sumatera: umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut
Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu
Untuk rencana asal, lihat Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu
Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.
↑ Laman web Penerbit USM: Bahasa Melayu
↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 Nik Safiah Karim dan dll. Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 2006
↑ Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152
↑ Zam Kesal Masih Ada Media Guna Istilah Bahasa Melayu. BERNAMA, 4 Jun 2007
↑ Keputusan Tukar B.Melayu Kepada B.Malaysia Elak Polemik - Najib. BERNAMA, 4 Jun 2007
↑ It's Malaysian language, not Melayu. Channel NewsAsia, 4 Jun 2007
↑ Penggunaan Istilah Bahasa Malaysia Dan Bukan Bahasa Melayu Muktamad, Kata Zainuddin. BERNAMA, 5 November 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084