01 Disember 2010

Anakku... Muhammad Rayyan Fithri...

Mungkin Entri ini sudah terlambat kerana Muhammad Rayyan Fithri telah pun berumur 9 Bulan... namun pada aku ianya masih belum terlambat untuk aku kongsikan kegembiraan hatiku menerima cahaya mata sulungku ini yang dilahirkan pada tanggal 15 Februari 2010 pada jam 8.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang..

Masa aku ingat saat-saat isteriku mula merasai Muhammad Rayyan akan dilahirkan:-

Malam sebelum kelahiran Muhammad Rayyan iaitu pada 14 Februari 2010, Isteriku yang tersayang Marziana Roslan sedang asyik memakan Sate Sotong dengan banyaknya..

Melihatkan beliau makan dengan penuh selera, aku terdetik dihati, mungkin anakku akan dilahirkan pada malam tersebut, aku menegur isteriku " Makanla banyak-banyak, nanti terberanak baru tau" .. hahahaha...
Rupa-rupanya masin mulutku... hahahaa...

Pada Jam 6.00 pagi 15 Februari 2010, isteriku mengejutkan aku dari tidur, mengadu sakit.. erm.. sah.. anakku nak melihat dunia.. hahaha.., aku siap2, mandi, solat subuh dan pada jam 6.30 pagi, isteriku telah dimasukkan ke dalam Wad Bersalin berisiko rendah...

Erm.. sementara dia berada di dalam wad tersebut, aku terpaksa berada diluar, menanti dengan penuh sabar.. Namun pada Jam 8.00 pagi, Jururawat memanggilku, kerana isteriku ingin aku berada disisinya semasa beliau bersalin.. aku bergurau dengan mereka yang berada didalam bilik bersalin, "kalau saya pengsan tengok darah, letak jer saya bawah katil nie dulu"..

Aku terus memberikan sokongan yang jitu kepada isteriku... begitu juga jururawat dan doktor yang menyambut kelahiran.. tetiba aku hampir tergelak bila salah seorang jururawat menyatakan "Puan.. jangan teran kat muka, teran kat perut... macam kita nak berak batu"... apala pun ayat.. hahaha... nasib baik aku tak ketawa..

setelah bertarung dengan nyawa, isteriku selamat melahirkan anakku Muhammad Rayyan Fithri... aku rasa seperti ingin menangis kegembiraan melihat wajah anakku dan wajah isteriku... 


Inilah Wajah anakku Muhammad Rayyan Fithri...
 pada 9 bulan yang lepas...

Aku sangat bersyukur kepada Allah, Kerana menganugerahkan Zuriat yang comel, sihat dan sempurna ini.. Akan aku pikul amanah yang dianugerahkan oleh Allah ini untuk dijaga dan dididik dengan sempurna dari segi Agama, sahsiah, dan pekerti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan