01 Disember 2010

Mahu Hidup Mewah???

Salam..

Pagi tadi aku terbaca didalam Harian Metro bertajuk "Ustaz tarik duit"....

bila aku baca berita tersebut terus aku gelengkan kepada lantas tertawa melihat masih ada lagi orang-orang yang mahu cepat kaya tanpa sebarag usaha... Akibat mahu cepat menjadi kaya dan hidup mewah dengan cara yang mudah, "mangsa" sanggup mengeluarkan Perbelanjaan RM18,000.00 dan akhirnya rugi dan hilang terus wangnya..

Maaf cakapla... Bodoh Betul.. mungkin ada saudara-mara lelaki tersebut membaca blog nie atau lelaki-lelaki tersebut yang baca blog aku nie, tapi sekali lagi aku cakap "BODOH"...

There is No such thing tarik duit dari alam ghaib.. yang kena tarik duit orang yang percayala...

so untuk lebih memahami berita aku lampirkan berita yang aku ambil dari Harian Metro:-

Ustaz’ tarik duit

Oleh Mohd Nur Hafidz Nordin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro. 
 
JOHOR BAHRU: Hanya kerana ingin hidup mewah, tiga lelaki di Kulaijaya di sini, kerugian RM18,000 selepas terpedaya dengan kelicikan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ yang kononnya mampu menjalankan proses tarik duit dalam satu kejadian, 15 November lalu.

Ustaz berusia 70-an berasal dari Indonesia itu pula ghaib selepas meminta dihantar ke pantai berhampiran dan beberapa hari kemudian sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa memaklumkan dia sudah berada di negara berkenaan.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 31, berkata, dia terpedaya selepas kagum dengan perwatakan ustaz itu yang sering menggunakan ayat suci al-Quran sebagai dalil ketika menceritakan kisah keupayaannya menarik duit.

“Ustaz terbabit turut memaklumkan dia mahu kami menggunakan wang itu ke jalan kebaikan dan sesen pun tidak boleh digunakan untuk perkara mungkar.

“Ia menguatkan keyakinan kami bahawa ustaz terbabit memang ikhlas membantu dan kerana itu kami sanggup mengeluarkan RM6,000 setiap seorang sebagai modal,” katanya semalam.

Menurut Amy, pada hari pertama upacara yang diadakan di rumah seorang daripada mereka, ustaz terbabit memanggil seorang demi seorang ke dalam bilik gelap dan dikehendaki bersumpah untuk tidak mempersiakan wang diperoleh kelak bagi mengelak ditimpa musibah.

Ustaz terbabit meminta mereka supaya banyak berzikir bagi memudahkan usaha mendapatkan wang terbabit.

“Pada hari ketiga, kami dipanggil sekali lagi oleh ustaz dan terpegun kerana terdapat sejumlah besar wang di dalam balutan kain. Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan menyentuh atau mengambilnya.

“Keesokan harinya, dia meminta kami menghantarnya ke pantai berhampiran dengan memberi alasan mahu melakukan sedikit upacara sampingan dan meminta kami menjemputnya pada jam 5.30 petang, hari sama,” katanya.

Mangsa datang semula ke pantai itu pada masa dijanjikan, tetapi lelaki terbabit tiada dan mereka menghubunginya berkali-kali, tetapi telefon bimbitnya dimatikan.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan pulang dan menunggu hingga hari ke-10 sebelum memecah masuk bilik dijadikan pusat operasi tarik duit.

“Kami terkejut selepas mendapati barangan digunakan dalam upacara tarik duit itu hangus dan mengeluarkan bau sangat busuk.

“Wang yang kami pegang dalam balutan kain itu juga sudah tiada, sebaliknya yang tinggal hanya lembaran surat khabar,” katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan