01 Disember 2010

Lim Chong Eu.. Pemimpin yang diingati...

Salam...

Mungkin Generasi sekarang tidak mengenali Tokoh-tokoh Politik yang selain daripada Pemimpin-pemimpin Umno yang banyak dicerita didalam Teks-Teks Sejarah.. Selain dari Pemimpin Umno, Pemimpin awal MIC, MCA, sahaja yang dicoretkan..

Sebenarnya aku juga tidak begitu mengenali siapa Tun Dr. Lim Chong Eu, tapi aku tahu beliaulah merupakan Presiden Parti Gerakan (GERAKAN) yang pertama dan juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang (Penang).

Disini aku serta serba sedikit maklumat berkenaan Tun Dr. Lim Chong Eu yang aku perolehi daripada Wikipedia..

Tun Dr. Lim Chong Eu (28 Mei 1919 – 24 November 2010) merupakan bekas Presiden MCA dan juga mantan Presiden Gerakan yang pertama selama 9 tahun. Beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Tun Dr. Lim Chong Eu Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau mendapat pendidikan di Penang Free School. Kemudian, pada 1937, beliau mendapat biasiswa King untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland dan mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944.

Pada tahun 1951, beliau dilantik Ahli Lembaga Tempatan Pulau Pinang dan pada tahun 1955, beliau dilantik ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan

Pada 1958 ketika perhimpunan agong parti MCA, beliau mencabar Tun Tan Cheng Lock, dan menang dengan majoriti 22 undi.

Selepas kemenangan itu,beliau memanggil Perhimpunan Agung Luar Biasa untuk meminda perlembangaan MCA. Tindakan beliau telah menyebabkan perpecahan dalam parti dan pada masa yang sama, beliau berselisih pendapat dengan Tunku Abdul Rahman.

Krisis tersebut bertambah tegang apabila pada pilihan raya 1959, beliau mendesak 40 kerusi parlimen dan mendesak bahasa cina sebagai bahasa kebangsaan. Ketika pentadbiran beliau, MCA mendapat tekanan dari dalam dan luar parti.

Kemudian pada Disember 1960, beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA untuk Parti Demokratik Bersatuatau United Democratic Party (UDP) pada 1962 dan kemudianya menubuhkan pula Parti Gerakan pada 1968.

Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1969 hingga 1990.

Selepas bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi pengerusi pelbagai syarikat gergasi.

Pada akhir bulan Oktober 2010, Lim dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana diserang angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hillside, Taman Bungah, pada jam 9 malam, 24 November 2010. Jenazah beliau diletakkan di Dewan Sri Pinang mulai 26 November untuk penghormatan terakhir dari orang ramai, kemudian diberikan upacara pengebumian peringkat negeri dalam bentuk perarakan yang dihadiri 5,000 orang, lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung pada 1.15 petang, 28 November.

Maklumat ini aku perolehi dari Wikipedia, untuk aku kongsikan kepada rakan-rakan yang membaca..

Mungkin ramai yang akan tertanya kenapa aku meletakkan Post berkenaan Tun Dr. Lim Chong Eu, jawapan aku adalah, beliau juga adalah sejarah kepada Negara kita, jadi sebagai sejarah, kita juga perlu kenal dan tahu siapa beliau..

Apa-apa pun sumbangan beliau kepada Sejarah dan Politik Negara kita perlulah dikenang, terutama sumbangan beliau didalam membangunkan Pulau Pinang sebagai sebagai sebuah negeri yang maju sangatlah dihargai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan