02 Januari 2010

Cadang guna temu ramah ganti soal siasat

Pakar kriminologi, Akhbar Satar menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menggunakan istilah 'soal siasat' dalam proses mengumpul fakta dan bukti daripada saksi atau suspek.


Menurut beliau, ia bagi mengelak salah tanggapan bahawa badan itu melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap pihak yang disoal siasat.

Sebaliknya, jelas beliau, mereka perlu memperluaskan penggunaan istilah 'temu ramah' bagi mengekalkan imej serta profesionalisme SPRM.

Malah, tegas beliau, dalam peraturan SPRM sendiri, istilah soal siasat sebenarnya tidak wujud.
"Teknik soal siasat lebih menjurus kepada kekerasan dan paksaan yang juga dipanggil peperangan psikologi.

"Bagi kes rasuah yang kebanyakannya melibatkan golongan elit, lebih sesuai digunakan istilah temu ramah di mana ia dijalankan dalam suasana selesa dan lebih berbentuk psikologi supaya suspek atau saksi berupaya bercakap benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini Mahkamah Rayuan mengembalikan hak untuk menyoal saksi tanpa had masa kepada SPRM apabila membenarkan badan tersebut menjalankan siasatan melepasi waktu pejabat.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menetapkan SPRM hanya boleh melakukan soal siasat dalam waktu pejabat iaitu antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Bagaimanapun, keputusan berkenaan 'mengecewakan' Majlis Peguam dan pertubuhan itu meminta kerajaan membenarkan peguam menemani saksi yang dipanggil memberi keterangan oleh pegawai SPRM, sama seperti diamalkan oleh negara-negara maju.

Majlis Peguam percaya langkah itu secara tidak langsung dapat mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini seperti penderaan fizikal dan mental sekali gus mampu menjaga hak saksi tersebut.

Akhbar yang juga bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan menambah, semua pegawai penyiasat SPRM dihantar menjalani latihan khas termasuk di luar negara.

Katanya, mereka diajar pelbagai kemahiran psikologi termasuk penggunaan alat pengesan penipuan, iaitu poligraf.

"Dalam kes rasuah, kebanyakan saksi dan suspek merupakan golongan cerdik pandai.

"Justeru, kaedah paksaan atau pukul tidak sesuai dan pegawai SPRM juga bukan bodoh, daripada gaya bahasa tubuh badan saja mereka sudah tahu ada penipuan atau tidak," ujarnya

Tahun 2010...

Assalamualaikum..

Tahun 2010 telah pun tiba.. dengan ketibaan 2010 ini ternyata banyak benda yang perlu aku bertanggungjawab dan usahakan.. hhehehe..

erm.. 2010 juga menandakan anak yang didalam kandungan isteriku akan lahir.. suatu tanggungjawab yang besar.. insyaallah aku akan cuba besarkan dan didik anak yang bakal lahir dengan sebaik-baik didikan baik dari segi didikan agama dan juga pendidikan dunia..

2010 juga menandakan aku juga perlu lebih berusaha lebih lagi untuk memajukan Firma Guaman yang aku usahakan bersama rakan kongsi yang lain.

selain itu, perlu juga berusaha untuk memajukan perniagaan yang baru aku dan rakan kongsiku "saifuldin" usahakan iaitu Perniagaan Pencetakan, perniagaan yang baru kami usahakan ini harap-harap dapat memajukan ekonomi kami lagi..

01 Januari 2010

Majalah Katolik Herald boleh guna perkataan 'Allah'

KUALA LUMPUR: Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah".

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu. - Bernama

(sumber: harian metro)

Tarikh peperiksaan awam 2010

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 21 hingga 23 Sept. tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt. tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov. hingga 16 Dis. tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya, peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt. tahun depan.

"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan,” katanya. - Bernama

(sumber: utusan malaysia)

Gula naik 20 sen mulai esok

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

(sumber: Berita Harian)

18 November 2009

GPS.. Berminat??

Setelah lama hampir sebulan tidak mengarang, kini saya berpeluang untuk mengarang..

pernah tak anda tersesat bila mengunjungi mana-mana tempat terutama tempat yang baru.. masalah tulah yang selalu saya alami, tapi bila ada kawan menawarkan GPS untuk membantu saya, saya rasa perlu juga berkongsi dengan orang lain, dimana GPS yang ditawarkan pada saya agak murah berbanding yang ada dipasaran..

jika bermiant nak tahu, tinggalkan email dan saya akan hubungi anda..

26 Oktober 2009

Al- Fatihah

berapa ramai antara kita, walaupun setiap kali solat benar-benar memahami maksud surah Al-fatihah?? janganlah tanya tentang surah-surah lain... cukup hanya surah alfatihah sahaja.

aku sendiri akui bahawa aku juga tidak benar-benar memahami maksud ayat-ayat Al-quran ini kerana sistem persekolah aku bukanlah dari sekolah agama yang begitu menekankan pembelajaran agama serta al-quran...

namun bila aku balik ke kampung beraya baru-baru ini, aku disuakan oleh bapa saudara aku sebuah buku yang aku rasa boleh membantu aku memahami isi al-quran. buku tu adalah Tafsir Qur'an per kata.

bila aku baca tafsir tersebut dari surah al-fatihah:-
  1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang
  2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam
  3. Yang Maha Pengasih, Maha penyayang
  4. Pemilik hari pembalasan
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon perlindungan
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
didalam surah ini membicarakan berkenaan:-
  1. Yaumiddin iaitu hari Pembalasan dimana manusia akan menerima pembalasan amalan mereka semasa hidup samada amal baik atau buruk
  2. jalan yang lurus iaitu jalan hidup yang benar, dimana yang dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat
  3. mereka yang dimurkai iaitu orang yang sengaja menentang ajaran islam, mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil ajaran yang selain dari ajaran islam
betapa indahnya ayat al-quran ini.. Maha Suci Allah..

Surah Al-Fatihah juga terdapat keistimewaannya yang tersendiri:-

1. Surah yang Paling Agung didalam Al-quran

Abu Said bin Mu'alla berkata:-" Pada suatu hari, aku sedang solat di masjid. selesai solat, aku telah dipanggil oleh Rasulullah. kemudian Rasulullah bersabda " aku akan mengajarkan kamu sebuah surah yang teragung di dalam al-quran sebelum engkau keluar dari masjid'. aku bertanya "surah apakah itu, ya Rasulullah?". Rasulullah bersabda " ianya adalah surah; segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. ianya adalah tujuh ayat yang diulang-ulang didalam setiap rakaat solat. dan al-quran yang agung yang diberikan kepada ku"
(hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Nasa'i)

2. Surah yang paling utama dalam Al-quran

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :- "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin adalah Umm al-Quran al-kitab, as-Sab'ul Matsani, al-Quran al-'Azhim, ash-shalat, asy-syifa' dan ar-Ruqyah."
(hadis riwayat Tirmidzi)


Bonus... Bonus.. Bonus..

Setelah Sekian lama aku tidak mengarang didalam blog nie kerana kesibukan mengendalikan urusan firma, tapi sekarang aku dapat sedikit masa untuk mengarang..

aku tertarik untuk memperkatakan tuntutan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.. adakah kita perasan atau tidak setiap kali pembentangan bajet setiap tahun, setiap tahun juga kita dengar CUEPAC akan melaungkan isu BONUS kepada kakitangan kerajaan..

aku bukanlah tidak menyokong pemberian bonus tersebut tapi pemberian bonus tersebut perlulah diteliti dengan sehabisnya.. kerana pada aku pemberian bonus hanya layak dinikmati oleh mereka yang benar-benar mencapai KPI yang terbaik.. bukannya hanya tahu mengampu, mengipas dan duduk di tempat masing-masing dan asyik dengan muka yang tidak mesra pelanggan.

sekiranya pemberian bonus ini diberikan kepada kakitangan kerajaan, kononnya bagi membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah, kita lihat pula bagaimana dengan kakitangan swasta yang juga berpendapatan rendah malah lebih rendah dari kakitangan kerajaan.

bagi kakitangan swasta terutama yang berkerja sebagai buruh binaan dan buruh am, pendapatan mereka ini lebih rendah dari pendapatan Pembantu Am Rendah sektor kerajaan, tapi apakah nasib mereka ini dibela??

kakitangan Swasta disektor buruh ini, ada dikalangan mereka tidak mempunyai KWSP dan ada juga tidak dicarum dengan SOCSO, apakah nasib mereka dihari tua nanti, berbanding dengan kakitangan kerajaan yang masih memperolehi pendapatan melalui pencen.

kakitangan Swasta juga sepatutnya menikmati faedah-faedah yang sama dinikmati oleh kakitangan kerajaan.. dimana pelbagai insentif dinikmati oleh kakitangan kerajaan, tapi apakah insentif yang dinikmati oleh kakitangan swasta??

Kenaikan Cukai.. itulah insentif yang dinikmati oleh kakitangan Swasta.. yang mana 60% berpendapatan rendah dan kadang-kala berada ditahap kemiskinan tegar..

jadi bagi kakitangan kerajaan, janganlah kerjanya hanya ingin menuntung Bonus pada tiap-tiap tahun, dalam keadaan masalah ekonomi sekarang masih juga mahu menuntut Bonus... bertimbangrasalah pada kerajaan.. kerana walaupun tiada Bonus gaji anda tetap ada tiap-tiap bulan, walaupun ada yang makan gaji buta namun tidak ramai, janganlah anda juga menuntut Bonus..


13 September 2009

Satu Garisan...

Erm.. hari aku menonton satu cerita yang pada aku banyak memberikan pengajaran mamberikan pengajaran.. cerita tu adalah Satu Garisan yang ditayangkan di Astro Ria petang tadi.

sebenarnya memang benar apa yang diceritakan didalam cerita tersebut yang mana ianya bercerita tentang seorang Ustaz yang baru menamatkan Pengajian Agama di sebuah Universiti Islam.

kemungkinan ustaz tersebut berasakan sudah cukup bagus dan banyak ilmu ehinggakan merasakan bahawa beliau merupakan orang yang istimewa yang diutuskan oleh Allah, namun akhirnya tewas kepada bisikan Syaitan dimana akhirnya ustaz tersebut dicekup sedang berzina dengan wanita (lakonan Syarifah Amani) yang kononnya telah sedar tentang halal haram. dia yang ditanggung oleh Ayu (Lakonan Noor Khiriah) yang bekerja sebagai GRO.

mesej yang cuba disampaikan pada aku sangat tepat bahawa janganlah kita cepat menghukum orang lain yang tidak bersama-sama kita dan juga setiap orang ada alasan masing-masing bila berbuat sesuatu.

kita janganlah cepat menjatuhkan hukuman seseorang tu salah sedangkan kita tidak cuba membantu mereka untuk keluar dari kesalahan mereka itu.

kita juga jangan cepat merasakan bahawa kita lebih pandai dari orang lain sehingga memanfan rendah pada orang lain yang mungkin kurang ilmunya dari kita..

12 September 2009

Dasar Tak Tahu dek Untung..

aksi rakyat indonesia membakar Jalur Gemilang baru-baru untuk membantah kononnya penayangan klip iklan dokumentari berkenaan malaysia yang dibuat oleh Discovery Channel bukanlah merupakan satu tindakan yang baru..

kalau tak silap aku dah lebih dari 5 kali, Rakyat Indonesia ini membakar Jalur Gemilang, namun seperti biasa kita sebagai rakyat Malaysia hanya bersabar.. kita bukanlah bangsa yang sukakan atau tergugat dengan Provokasi Rakyat Indonesia tersebut.. tapi sampai bila???

baru-baru ini ada tindakan oleh segelintir rakyat Indonesia yang mengelarkan diri sebagai BENDERA telah menjalankan proses "Sweeping Malaysia" yang jelas telah benar-benar kurang ajar sedangkan punyalah ramai rakyat Indonesi yang bekerja atau merempat di bumi Malaysia ini untuk mendapat sesuap nasi yang ada juga melakukan jenayah.

Rogol, Rompak, Curi dan banyak lagi jenayah yang mereka lakukan di bumi yang mereka merempat ini tapi kita selaku rakyat malaysia tak pernah nak lakukan Proses "Sweeping Indonesia".

ada lebih 1 Juta Rakyat Indonesia berada di Malaysia samada secara Halal atau Secara Haram atau Pendatang Tanpa Izin namun tidak pernah sama sekali kita selaku rakyat malaysia nak menghalau mereka, malah kita menyediakan pekerjaan untuk mereka yang mana kalau mereka ini tinggal di Indonesia sudah tentu merempat..

apakah BENDERA tidak pernah berfikir atau menggunakan Otak mereka sebelum membuat onar tersebut?? setiap kali negara Indonesia mengalami Bencana, negara yang pertama menghulurkan bantuan adalah MALAYSIA??

apakah Kepimpinan BENDERA ini merupaka golongan yang sempit akal, Dungu, Bodoh atau Banggang atau terlalu Bangsat untuk memikirkan bahawa betapa Besarnya sumbangan rakyat malaysia yang mereka ingin Ganyang, Sweeping ini terlalu besar jasanya kepada mereka..

setiap bencana di Indonesia, sebut sahaja.. Tsunami di Acheh, lebih dari RM 1 Juta subangan rakyat malaysia untuk membantu mereka malah kita bina pula rumah untuk mereka.. beri mereka bekerja di Malaysia.

bencana gempa bumi di Jogjakarta, lebih RM 2 Juta duit Rakyat Malaysia diberikan kepada mereka untuk membantu mereka.

kalaulah kesemua duit ini kita gunakan untuk membantu Rakyat Miskin di Malaysia adalah lebih baik dari diberikan kepada Bangsa yang tak mengenang budi ini.

BENDERA ini juga telah cuba untuk menghantar lebih 1500 sukarelawan ke Negara Kita untuk meneruskan Provokasi.. dikatakan telah disekat oleh Polis Indonesia.. itu angka yang mungkin masuk secara sah.. tapi aku rasa lebih dari pada itu telah masuk ke Malaysia secara Haram... dan sedang menunggun masa untuk meneruskan tindakan Sweeping Malaysia mereka itu..

tapi kita hanya bersabar.. kita hanya berdiam diri walaupun Maruah kita telah diganyang..
dan apabila kita sedar semuanya telah terlambat..

Sedarlah Rakyat Indonesia yang tidak mengenang budi.. yang tak tahu dek untung.. kami Rakyat Malaysia telah banyak membantu anda.. wang kami telah banyak diberikan kepada anda, janganlah bertindak bodoh seperti yang biasa anda lakukan.. jangan sampai kami Rakyat Malaysia yang banyak bersabar dan bertenang ini pula mengambil tindakan yang sama..