03 Disember 2010

Perbandingan...

Biasanya bila menteri akan umumkan kenaikan sesuatu harga barang mesti akan dibuat perbandingan dengan negara-negara Jiran yang mana negara-negara ini bukanlah Negara Pengeluar kepada sesetengah barangan yang dinaikkan Harga tu..

Jadi mari kita lihat perbandingan KDNK Negara-negara yang selalu dibandingkan tu:-

KDNK NOMINAL iaitu nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam satu tahun yang diberikan, yang diubah pada kadar pertukaran pasaran kepada nilai dolar Amerika Syarikat, dibahagikan dengan purata (atau pertengahan tahun) penduduk pada tahun yang sama.


Negara↓Tangga↓IMF[1]↓Tangga↓WB[2]↓Tangga↓CIA[3]↓Tahun↓







Bendera Brunei Brunei2432,167tiada maklumat2633,0772007 ang.








Bendera Filipina Filipina1191,6251131,6401241,5302007 ang.








Bendera Indonesia Indonesia1151,9251081,9181191,8452007 ang.








Bendera Kemboja Kemboja1526001465971566152007 ang.







Bendera Malaysia Malaysia636,948546,807617,5092007 ang.








Bendera Singapura Singapura2135,1631935,1602435,4272007 ang.








Bendera Thailand Thailand893,737783,851943,7762007 ang.
Bendera Timor Leste Timor-Leste1584401573711634232007 ang.









Perbandingan yang pertama adalah KDNK mengikut Parity Kuasa Membeli (Purchasing Power Parity atau PPP) perbandingan ini berdasarkan didalam US Dollar..



Senarai oleh International Monetary Fund (2007)[1]Senarai oleh Bank Dunia (2005)[2]Senarai oleh CIA World Factbook (2007)[3]

NoNegaraKDNK (PPP) $MM


15Bendera Indonesia Indonesia1,053,696



22Bendera Thailand Thailand645,228



25Bendera Filipina Filipina509,061



34Bendera Malaysia Malaysia342,344



37Bendera Vietnam Vietnam318,091
3

54Bendera Singapura Singapura163,075
5

57Bendera Myanmar Myanmar140,209



139Bendera Brunei Brunei10,169



NoNegaraKDNK (PPP) $MM


16Bendera Indonesia Indonesia707,900



23Bendera Thailand Thailand444,900



29Bendera Malaysia Malaysia299,600



37Bendera Filipina Filipina250,000



45Bendera Singapura Singapura180,100
46Bendera Vietnam Vietnam178,100



NoNegaraKDNL (PPP) $MM



16Bendera Indonesia Indonesia845,600



24Bendera Thailand Thailand519,900



29Bendera Malaysia Malaysia357,900



37Bendera Filipina Filipina298,900



45Bendera Singapura Singapura222,700



Terima Kasih kerana harga minyak naik lagi... Part 2..

Salam, belum pun reda dengan kenaikan harga minyak RON97, harini diumumkan pula dengan kenaikan harga RON95, Diesel, LPG dan juga GULA...

RON95 dan DIESEL dinaikan sebayak 5 sen, LPG pula 5 sen dan GULA pula 20 sen. menjadikan harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.

Terima Kasihla kerajaan yang sangat perihatin kepada Nasib rakyat, yang mendahulukan Rakyat dalam menerima beban-beban kenaikan Harga ini.

tapi sedikit pun tiada pengumuman, bahawa oleh kerana kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan ini, Gaji-gaji kami para-para menteri akan dipotong sebanyak 10 % bagi mengurangkan beban kewangan negara.

tiada juga kedengaran, bagi menampung beban rakyat, "kami, dipihak kerajaan akan mengurangkan elaun-elaun yang kami perolehi dari Kerajaan"

dan langsung tiada rasa bersalah atau sedih Menteri yang telah berjanji bahawa tiada kenaikan harga minyak, gula dan barangan pengguna yang lain.

Aku petik laporan berita dari Berita Harian Online:-

Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok


2010/12/03

KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok. 

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.

01 Disember 2010

Mahu Hidup Mewah???

Salam..

Pagi tadi aku terbaca didalam Harian Metro bertajuk "Ustaz tarik duit"....

bila aku baca berita tersebut terus aku gelengkan kepada lantas tertawa melihat masih ada lagi orang-orang yang mahu cepat kaya tanpa sebarag usaha... Akibat mahu cepat menjadi kaya dan hidup mewah dengan cara yang mudah, "mangsa" sanggup mengeluarkan Perbelanjaan RM18,000.00 dan akhirnya rugi dan hilang terus wangnya..

Maaf cakapla... Bodoh Betul.. mungkin ada saudara-mara lelaki tersebut membaca blog nie atau lelaki-lelaki tersebut yang baca blog aku nie, tapi sekali lagi aku cakap "BODOH"...

There is No such thing tarik duit dari alam ghaib.. yang kena tarik duit orang yang percayala...

so untuk lebih memahami berita aku lampirkan berita yang aku ambil dari Harian Metro:-

Ustaz’ tarik duit

Oleh Mohd Nur Hafidz Nordin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro. 
 
JOHOR BAHRU: Hanya kerana ingin hidup mewah, tiga lelaki di Kulaijaya di sini, kerugian RM18,000 selepas terpedaya dengan kelicikan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ yang kononnya mampu menjalankan proses tarik duit dalam satu kejadian, 15 November lalu.

Ustaz berusia 70-an berasal dari Indonesia itu pula ghaib selepas meminta dihantar ke pantai berhampiran dan beberapa hari kemudian sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa memaklumkan dia sudah berada di negara berkenaan.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 31, berkata, dia terpedaya selepas kagum dengan perwatakan ustaz itu yang sering menggunakan ayat suci al-Quran sebagai dalil ketika menceritakan kisah keupayaannya menarik duit.

“Ustaz terbabit turut memaklumkan dia mahu kami menggunakan wang itu ke jalan kebaikan dan sesen pun tidak boleh digunakan untuk perkara mungkar.

“Ia menguatkan keyakinan kami bahawa ustaz terbabit memang ikhlas membantu dan kerana itu kami sanggup mengeluarkan RM6,000 setiap seorang sebagai modal,” katanya semalam.

Menurut Amy, pada hari pertama upacara yang diadakan di rumah seorang daripada mereka, ustaz terbabit memanggil seorang demi seorang ke dalam bilik gelap dan dikehendaki bersumpah untuk tidak mempersiakan wang diperoleh kelak bagi mengelak ditimpa musibah.

Ustaz terbabit meminta mereka supaya banyak berzikir bagi memudahkan usaha mendapatkan wang terbabit.

“Pada hari ketiga, kami dipanggil sekali lagi oleh ustaz dan terpegun kerana terdapat sejumlah besar wang di dalam balutan kain. Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan menyentuh atau mengambilnya.

“Keesokan harinya, dia meminta kami menghantarnya ke pantai berhampiran dengan memberi alasan mahu melakukan sedikit upacara sampingan dan meminta kami menjemputnya pada jam 5.30 petang, hari sama,” katanya.

Mangsa datang semula ke pantai itu pada masa dijanjikan, tetapi lelaki terbabit tiada dan mereka menghubunginya berkali-kali, tetapi telefon bimbitnya dimatikan.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan pulang dan menunggu hingga hari ke-10 sebelum memecah masuk bilik dijadikan pusat operasi tarik duit.

“Kami terkejut selepas mendapati barangan digunakan dalam upacara tarik duit itu hangus dan mengeluarkan bau sangat busuk.

“Wang yang kami pegang dalam balutan kain itu juga sudah tiada, sebaliknya yang tinggal hanya lembaran surat khabar,” katanya.




Anakku... Muhammad Rayyan Fithri...

Mungkin Entri ini sudah terlambat kerana Muhammad Rayyan Fithri telah pun berumur 9 Bulan... namun pada aku ianya masih belum terlambat untuk aku kongsikan kegembiraan hatiku menerima cahaya mata sulungku ini yang dilahirkan pada tanggal 15 Februari 2010 pada jam 8.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang..

Masa aku ingat saat-saat isteriku mula merasai Muhammad Rayyan akan dilahirkan:-

Malam sebelum kelahiran Muhammad Rayyan iaitu pada 14 Februari 2010, Isteriku yang tersayang Marziana Roslan sedang asyik memakan Sate Sotong dengan banyaknya..

Melihatkan beliau makan dengan penuh selera, aku terdetik dihati, mungkin anakku akan dilahirkan pada malam tersebut, aku menegur isteriku " Makanla banyak-banyak, nanti terberanak baru tau" .. hahahaha...
Rupa-rupanya masin mulutku... hahahaa...

Pada Jam 6.00 pagi 15 Februari 2010, isteriku mengejutkan aku dari tidur, mengadu sakit.. erm.. sah.. anakku nak melihat dunia.. hahaha.., aku siap2, mandi, solat subuh dan pada jam 6.30 pagi, isteriku telah dimasukkan ke dalam Wad Bersalin berisiko rendah...

Erm.. sementara dia berada di dalam wad tersebut, aku terpaksa berada diluar, menanti dengan penuh sabar.. Namun pada Jam 8.00 pagi, Jururawat memanggilku, kerana isteriku ingin aku berada disisinya semasa beliau bersalin.. aku bergurau dengan mereka yang berada didalam bilik bersalin, "kalau saya pengsan tengok darah, letak jer saya bawah katil nie dulu"..

Aku terus memberikan sokongan yang jitu kepada isteriku... begitu juga jururawat dan doktor yang menyambut kelahiran.. tetiba aku hampir tergelak bila salah seorang jururawat menyatakan "Puan.. jangan teran kat muka, teran kat perut... macam kita nak berak batu"... apala pun ayat.. hahaha... nasib baik aku tak ketawa..

setelah bertarung dengan nyawa, isteriku selamat melahirkan anakku Muhammad Rayyan Fithri... aku rasa seperti ingin menangis kegembiraan melihat wajah anakku dan wajah isteriku... 


Inilah Wajah anakku Muhammad Rayyan Fithri...
 pada 9 bulan yang lepas...

Aku sangat bersyukur kepada Allah, Kerana menganugerahkan Zuriat yang comel, sihat dan sempurna ini.. Akan aku pikul amanah yang dianugerahkan oleh Allah ini untuk dijaga dan dididik dengan sempurna dari segi Agama, sahsiah, dan pekerti..

Lim Chong Eu.. Pemimpin yang diingati...

Salam...

Mungkin Generasi sekarang tidak mengenali Tokoh-tokoh Politik yang selain daripada Pemimpin-pemimpin Umno yang banyak dicerita didalam Teks-Teks Sejarah.. Selain dari Pemimpin Umno, Pemimpin awal MIC, MCA, sahaja yang dicoretkan..

Sebenarnya aku juga tidak begitu mengenali siapa Tun Dr. Lim Chong Eu, tapi aku tahu beliaulah merupakan Presiden Parti Gerakan (GERAKAN) yang pertama dan juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang (Penang).

Disini aku serta serba sedikit maklumat berkenaan Tun Dr. Lim Chong Eu yang aku perolehi daripada Wikipedia..

Tun Dr. Lim Chong Eu (28 Mei 1919 – 24 November 2010) merupakan bekas Presiden MCA dan juga mantan Presiden Gerakan yang pertama selama 9 tahun. Beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Tun Dr. Lim Chong Eu Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau mendapat pendidikan di Penang Free School. Kemudian, pada 1937, beliau mendapat biasiswa King untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland dan mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944.

Pada tahun 1951, beliau dilantik Ahli Lembaga Tempatan Pulau Pinang dan pada tahun 1955, beliau dilantik ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan

Pada 1958 ketika perhimpunan agong parti MCA, beliau mencabar Tun Tan Cheng Lock, dan menang dengan majoriti 22 undi.

Selepas kemenangan itu,beliau memanggil Perhimpunan Agung Luar Biasa untuk meminda perlembangaan MCA. Tindakan beliau telah menyebabkan perpecahan dalam parti dan pada masa yang sama, beliau berselisih pendapat dengan Tunku Abdul Rahman.

Krisis tersebut bertambah tegang apabila pada pilihan raya 1959, beliau mendesak 40 kerusi parlimen dan mendesak bahasa cina sebagai bahasa kebangsaan. Ketika pentadbiran beliau, MCA mendapat tekanan dari dalam dan luar parti.

Kemudian pada Disember 1960, beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA untuk Parti Demokratik Bersatuatau United Democratic Party (UDP) pada 1962 dan kemudianya menubuhkan pula Parti Gerakan pada 1968.

Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1969 hingga 1990.

Selepas bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi pengerusi pelbagai syarikat gergasi.

Pada akhir bulan Oktober 2010, Lim dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana diserang angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hillside, Taman Bungah, pada jam 9 malam, 24 November 2010. Jenazah beliau diletakkan di Dewan Sri Pinang mulai 26 November untuk penghormatan terakhir dari orang ramai, kemudian diberikan upacara pengebumian peringkat negeri dalam bentuk perarakan yang dihadiri 5,000 orang, lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung pada 1.15 petang, 28 November.

Maklumat ini aku perolehi dari Wikipedia, untuk aku kongsikan kepada rakan-rakan yang membaca..

Mungkin ramai yang akan tertanya kenapa aku meletakkan Post berkenaan Tun Dr. Lim Chong Eu, jawapan aku adalah, beliau juga adalah sejarah kepada Negara kita, jadi sebagai sejarah, kita juga perlu kenal dan tahu siapa beliau..

Apa-apa pun sumbangan beliau kepada Sejarah dan Politik Negara kita perlulah dikenang, terutama sumbangan beliau didalam membangunkan Pulau Pinang sebagai sebagai sebuah negeri yang maju sangatlah dihargai..

30 November 2010

Terima Kasih kerana harga minyak naik lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berita malam ini yang sangat mengejutkan... Harga Minyak Premium RON97 dah dinaikkan sebanyak 15 sen lagi kepada RM 2.30.. Terima Kasih banyak-banyak..

Tahniah kepada Kepimpinan 1 Malaysia, yang menggunakan slogan "Rakyat Didahulukan" "Pencapaian diutamakan" ... memang dengan menaikkan harga minyak RON97, telah banyak mendahulukan Rakyat Malaysia..

Terima Kasih juga kepada Pengundi-pengundi yang memberikan kemenangan kepada Kepimpinan sekarang, kerana setelah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Batu Sapi dan merampas Kerusi DUN Galas, kita dihadiahkan dengan Hadiah yang sungguh bernilai...

Terima Kasih.. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"....

Lama berehat...........

Lama betul rasanyer aku tak meng"update"kan atau mengemaskini blog nie.. bukan apa, rasa tak cukup masa untuk menulis...

sampaikan Big Boss aku (En Saifuldin) sound, napa lama tak update.. hehehe.. mungkin kena kembali menulis, cuma belum pasti aku nak menulis atau membuat nukilan berkenaan apa..

aku nie bukannya seorang sasterawan, pengarang atau penulis yang mempunyai idea yang mencurah-curah, tapi aku akan kembali menulis semula..

hahahha..... harap2la..

11 Januari 2010

Client oh Client...

Aku baru dikunjungi oleh seorang client yang merupakan adik kepada bekas staff aku semasa di tempat lama.

sebenarnya aku keberatan untuk menerima client nie kerana ini merupakan pertuduhan kedua beliau, iaitu section 376 Kanun kesiksaan. Pertuduhan yang pertama, beliau telah dilepaskan tanpa dibebaskan (sekiranya polis dapat bukti baru akan didakwa semula) dan sepatutnya itu merupakan yang terakhir untuk client nie tapi baru-baru  ini, abang kepada client aku nie bagitau

"En. Salman, adik saya kena charge lagi" kata abang client aku...
" Charge lagi?? kesalahan sama ker?? orang yang sama?? kata aku..
"takla orang lain, tapi saya rasa dia tak buat, macam kes aritu" kata abang client, masa mula-mula jumpa aku..

petang ini (11/01/2009), abang client tu datang semula jumpa aku;

"Dia buatla encik salman...." ujar abang client tu..
"erm..... " balas aku...
"dah tu nak wat camne??" tanya abang client..
"balik bincang ngan family pompuan tu la, kalau nak kawin bolehlah kita tangok camne, kalau tak mengaku salah jer la.." balas aku..

Bila mengenangkan ini kes kedua client aku tu untuk pertuduhan yang sama, aku jadi tawar hati.. tapi mengenangkan abang client aku tu bekas staff aku kat tempat lama, aku mungkin boleh nasihatkan apa yang patut, tapi untuk membantu beliau mungkin kena fikir balik..

Gugurkan tuntutan

Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.

Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.


‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.
‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.
‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, dua gereja – satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya – mengalami kebakaran manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.


Kejadian itu mendapat kecaman daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang selain turut mengundang reaksi serupa dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat gereja di Desa Melawati, semalam, mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk membolehkan pentadbiran gereja itu membuka rumah ibadat baru di kawasan lain.


Sementara itu Clarence berkata, alasan sesetengah pemimpin Kristian bahawa kalimah Allah perlu dibenarkan hanya kerana ia sudah digunakan sejak sekian lama adalah tidak wajar.


Tegas beliau, Kristian di negara ini juga tidak sama seperti diamalkan di Indonesia, Mesir, Iraq atau Yemen kerana Malaysia mempunyai perlembagaan yang berbeza.


‘‘Tidak harus bagi kita mempertikai yang Allah biasa digunakan oleh masyarakat Kristian di negara luar kerana kita berada di Malaysia, jadi kita harus patuhi semua undang-undang dan peraturan.


‘‘Adakah kalau kita atau pihak gereja tidak gunakan perkataan Allah maka secara tiba-tiba para pengikut agama Kristian akan bertambah atau berkurang 10 kali ganda,” soalnya.


Beliau sedar ramai penganut Kristian akan mengkritik pendiriannya tetapi mereka perlu faham dan menghayati ajaran agama itu yang menyuruh pengikutnya memaafkan orang lain.


“Jika kita benar-benar Kristian, kita harus jadi orang yang memaafkan, bertanggungjawab dan cintakan keamanan. Kenapa kita harus bergaduh untuk satu perkataan,” ujarnya.


Clarence yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah berkata, umat Kristian perlu faham mengapa orang Islam amat marah apabila kalimah itu dibenarkan penggunaannya.


Jelasnya, Allah adalah Tuhan bagi orang Islam manakala orang-orang Kristian pula lain kepercayaannya dan kalimah itu juga sudah lama digunakan secara tradisinya oleh agama Islam.


(sumber : Utusan Malaysia)

08 Januari 2010

Insiden bakar gereja dikutuk

KUALA LUMPUR: Insiden membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini malam tadi, disifatkan sebagai amat mendukacitakan dan perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua pihak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata perbuatan mencemar dan merosakkan rumah ibadat milik agama apa sekalipun, perlu dikutuk.

"Pihak polis dan semua peringkat masyarakat perlu sama-sama bertanggungjawab dan berusaha supaya insiden seperti ini tidak merebak dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdullah berkata, rakyat Malaysia perlu melindungi dan memelihara kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Kita juga perlu sentiasa menjaga keharmonian dan hubungan baik di antara kaum dan agama," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang mengutuk tindakan itu menyifatkan ia adalah satu peristiwa yang cukup menyedihkan dan ia tidak patut berlaku di Malaysia.
"Saya minta polis membuat siasatan dengan cepat. Memang tidak dinafikan berlaku sedikit ketegangan kerana isu Allah dipermainkan, jadi saya minta semua bertenang. Dalam negara kita yang majmuk, sedikit cetusan boleh menimbulkan kemarahan.

"Saya datang ke sini pada hari ini sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira parti," katanya yang ditemui semasa melawat gereja Metro Tabernacle itu.

Beliau mahu semua pihak mengutuk tindakan membakar gereja dan meminta rakyat bersama-sama untuk menderma bagi membaiki semula rumah ibadat terbabit.

Khairy turut menafikan perkara itu membabitkan ahli Umno dan polis menyaisat.
Kolumnis dan aktivis, Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir, berkata Islam tidak menggalakkan seseorang itu melakukan kejahatan.

"Ini bukan satu tindakan secara Islam...dan jika benar-benar menghayati ajaran Islam, bukan begini caranya melepaskan geram," katanya yang turut meninjau gereja itu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, yang juga hadir, terkejut serta kecewa dengan kejadian itu dan berharap tiada pihak tuduh-menuduh siapa ataubangsa yang bertanggungjawab.

"Saya meminta supaya kita jangan meragui bangsa-bangsa lain kerana kejadian ini dilakukan oleh penjenayah. Kerajaan mesti mengambil langkah segera untuk pertahankan rumah ibadat. "Kehilangan harta benda bukanlah satu masalah, apa yang penting kita tidak mahu perkara ini berlarutan," katanya.

Beliau juga berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang turut melawat gereja itu berkata tindakan membakar rumah ibadat bertentangan dengan budaya dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Beliau yang juga Naib Presiden MCA, berkata sebarang isu boleh diselesaikan melalui saluran yang sesuai dan semua rakyat perlulah bekerjasama untuk membanteras kejadian seperti ini.

"Saya percaya hampir 99.9 peratus mengutuk usaha yang cuba menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, pemimpin gereja Metro Tabernacle, Mejar (B) Peter Yeow, berkata beliau mendapat panggilan telefon mengenai kebakaran itu pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata, bahagian yang terbakar ialah tingkat bawah bahagian pentadbiran bangunan yang berusia 12 tahun itu. - Bernama

(sumber: Berita Harian)